Tuesday, May 21, 2019

TOMYAM MAKLAU (Makanan Laut)


Bahan-Bahannya:-

1 paket perencah atau kiub tomyam
4 biji tomato – 2 biji dilumatkan, 2 biji dibelah
5 -6 biji cili padi
3 batang serai – 1 dilumatkan, 2 diketuk
1 siung bawang putih - diketuk
3 helai daun limau purut
1 batang karot - dihiris
3 daun cendawan tiram kelabu - dihiris
1 kuntum bunga kubis – dipotong-pisahkan
3 biji anak jagung muda – dibelah panjang
2 ulas bawang merah
1½ biji bawang Holland – dihiris membulat
1 mangkuk maklau  - sotong, ketam, lala, udang 
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos ikan (atas pilihan)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara Membuatnya:-


1. Lumatkan bawang merah, 1 batang serai, 2 biji tomato dan 3 biji cili padi.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan diikuti bahan yang telah dilumatkan hingga naik bau.

3. Masukkan 1 mangkuk air, karot, masak hingga karot empuk.

4. Masukkan cili padi, serai, lengkuas, bawang Holland, sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos ikan. Masak hingga mendidih.

5. Selepas itu, masukkan maklau dan tambah air secukupnya, masak hingga mendidih sekali lagi, uji rasa tambah garam dan gula.

6. Selepas itu masukkan tomato, cendawan, dan daun limau purut.

7. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0