Friday, May 17, 2019

DAUN PERIA PANTAI TELUR SCRAMBLER


Bahan-Bahannya:-

2 sudu minyak masak
400 gram tangkai daun peria pantai, dipisahkan daun daripada batang dan dibersihkan
2 siung bawang putih, dicincang
3 biji bawang merah, dihiris
2 biji telur ayam segar, dipukul
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
Serbuk lada putih secukupnya

Cara-cara Membuatnya:-


1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masuk dan tumiskan bawang putih dan bawang merah selama satu minit sehingga bawang putih menjadi sedikit perang dan bawang merah menjadi sedikit lutsinar.
3. Tuang telur yang telah dipukul dan kacau cepat sehingga telur berkecai-kecai. Berhati-hati agar telur tidak hangus keperangan, cukup mengental sahaja.
4. Masukkan daun peria pantai dan kacau rata.
5. Tambah sos tiram,serbuk perasa dan serbuk lada sulah. Kacau untuk menggabungkan rasa. Bubuh sedikit air jika perlu untuk memastikan sayuran tidak menjadi kering.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0