Bahan-bahannya:-
150 gram sotong segar – dipotong kecil
250 gram buah gajus – dibuang biji, dipotong, direbus dan
diperah sedikit untuk dibuang airnya.
1 ekor ikan selayang – direbus, diambil isi dan dibuang
tulang
½ biji kelapa – ambil 3 gelas santan
3 ulas bawang merah – dibelah-belah
2 ulas bawang besar dibelah 6
3 biji lada merah dibelah memanjang
Sedikit belacan
1 sudu cuka
Garam secukup rasa
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Masukkan santan ke dalam periuk bersama dengan
ikan, sotong, gajus, bawang merah, bawang besar, lada merah, belacan sehingga
mendidih dengan api yang sederhana.
2.
Angkat ikan tadi untuk diasingkan tulangnya. Selepas itu dihancurkan isi ikan itu dan dimasukkan
ke dalam periuk tadi. Kacau
perlahan-lahan sehingga mendidih.
3.
Teruskan mengacau sehingga sotong masak dan masukkan
cuka. Angkat. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment