Sunday, May 26, 2019

Gulai Ikan Aya (Tongkol)





Bahan-Bahannya:-

1 ekor ikan aya /tongkol saiz sederhana - disiang dan dibersihkan

Bahan Untuk Mengukus

4 keping asam gelugur keping
1 sudu kecil cuka
Garam - secubit
Air

Bahan Untuk Dilumatkan:-

2 sudu ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
(Jika guna rempah nasi dagang - ketumbar, jintan manis dan jintan putih ini sudah tersedia dan tidak perlu lagi, hanya bancuh dengan sedikit air)

10 biji bawang merah
1 siung bawang putih
1 inci halia,
1 inci lengkuas,
1 inci kunyit
1 batang serai

Bahan Mengulai
3 sudu lada boh
1 biji kelapa - ambil santan 3 cawan
10 cili merah / cili padi
2 sudu manisan/gula melaka
Garam - secukupnya
2 sudu kerisik

Cara-Cara Membuatnya:



Penyediaan Ikan Kukus

1. Seeloknya mengukus ikan ini dibuat 12 jam lebih awal, supaya isi ikan ini dapat direhatkan dahulu sebelum ianya dibuat gulai.  

2. Jika ada tebu, buat rakit di dasar periuk sebelum ikan aya/tongkol disusun di atas rakit tebu tersebut.

3. Masukkan ikan, garam, asam keping dan air, dengan paras air separuh bahagian ikan tenggelam air dan masukkan satu sudu kecil cuka.

4. Ikan dimasak dengan api yang perlahan secara mengukus sehingga air mengering.

Membuat Gulai

1.  Santan dipanaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih, kacau sentiasa agar santan tidak berkental atau naik minyak dan kekalkan nyalaan api, jangan besarkan api. Bila santan itu tinggal separuh, masukkan air panas bagi mencapai paras awal santan ke asal tadi.

2. Panaskan pula dengan api sederhana hingga mendidih, bila santan telah mendidih kembali, masukkan cili dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga menggelegak. Selepas itu, masukkan kerisik, manisan/gula melaka dan sedikit sahaja garam akan ditambah pada akhir. 

3. Biarkan kuah sering dan memekat sedikit, kemudian masukkan ikan aya/tongkol yang telah direbus itu.

4. Masak hingga pecah minyak. Uji kecukupan rasa. Sebelum diangkat masukkan cili merah untuk yang gemar makan pedas.





No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0