Bahan-bahannya;
2 cawan beras (kosek, basuh dan toskan)
1/2 cawan marjerin
2 siong bawang putih - dimayang
1/2 cawan bawang merah - dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 1/4 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Cara-Cara Membuatnya
1. Di dalam kuali, panaskan marjerin dan goreng bawang.
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, goreng hingga naik bau.
3. Masukkan air, susu, pewarna kuning, garam dan biarkan hingga mendidih. Padamkan api.
4. Di dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras yang telah ditoskan, tuang 'sup' yang dibuat tadi dan pastikan paras sukatan memasak nasi, jika tidak cukup tambahkan air, jangan terlebih, nanti nasi lembik, biarkan nasi masak seperti biasa.
5. Hidangkan dengan menabur bawang goreng, makan bersama dengan gulai daging/ayam atau tumis ayam/ayam masak merah atau Gulai Ikan Aya, Acar Jelatah.
No comments:
Post a Comment