Friday, May 24, 2019

MEE LIDI REBUS ala POK JAK TANJUNG SABTU


Bahan-Bahannya:-

1 bungkus paket mee lidi – direbus dan ditoskan (Pok Jak guna mee kuning)
200gm isi ayam segar – dipotong nipis
5 ekor udang galah– dibelah belakang, potong ekor dan dibuang janggut serta tanduknya).
3 siung bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dilumatkan
1 ½ sudu lada hitam – ditumbuk kasar
2 liter air
10 biji bebola maklau (makanan laut – udang, sotong, ikan, ketam – atas pilihan)
3 biji telur – diapungkan dalam kuah
½ batang karot - dihiris
1 ikat sawi
2 biji tomato – dibelah 6
1 biji lada merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang – potong-potong
Minyak masak – untuk menumis

Cara-Cara Membuatnya:


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau wangi dan selepas itu masukkan bawang yang dilumatkan bersama lada hitam, tumis biar betul-betul garing.
  2. Masukkan hirisan ayam  sampai separuh masak. Kemudian masukkan air secukupnya.
  3. Masak hingga mendidih dan ayam empuk, kemudian masukkan udang galah serta bebola maklau.
  4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Jangan dikacau, biarkan telur tidak bercantum antara satu sama lain.
  5. Kemudian masukkan karot yang dihiris. Masukkan pula sawi serta garam dan sedikit gula.
  6. Kemudian masukkan mee yang telah ditos tadi, tomato dan hirisan lada merah. Kacau perlahan-lahan.
  7. Masak sekejap hingga kuah mendidih sekali lagi hingga mee kembang sedikit.
  8. Angkat dan hidangkan. Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan bersama kicap cili api potong. 

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0