Bahan-Bahannya:-
300 g ayam bahagian dada – dipotong dadu
6 cawan nasi putih
yang telah disejukkan
½ biji bunga
kobis - dikerat mengikut kuntum
½ batang karot - dihiris bulat
6 batang kacang buncis - dipotong panjang
6 batang putik jagung - dibelah memanjang
½ biji kobis - dipotong panjang
5 ekor udang - dibuang kepala dan kulit
1 biji telur ayam segar
3 ulas bawang merah - dicincang
5 siung bawang putih - dicincang
1 inci halia - dihiris
3 sudu minyak sayuran
2 sudu kicap cair
2 sudu sos tiram
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu
kecil garam
Serbuk perasa.
Cara-Cara Membuatnya:-
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Masukkan ayam dan gaul sehingga ayam separuh masak.
Masukkan udang dan sayur-sayuran. Kacau hingga udang kemerahan.
Masukkan nasi, kicap, sos tiram, garam dan lada sulah.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan telur, kacau hingga rata bercampur dengan nasi.
No comments:
Post a Comment