Bahan-bahannya:-
(a) Penyediaan spageti
300 g spageti
5 cawan air
1 sudu kecil minyak masak
Cara membuatnya:-
1. Didihkan air. Apabila masak, masukkan spageti dan biar
ia masak selama 20 minit.
2. Tapis dan letakkan di bawah air yang mengalir selama
beberapa saat.
3. Gaulkan minyak untuk mengelakkan daripada ia melekat.
(b) Penyediaan Bebola Daging
100 g daging lembu tanpa lemak - dicincang
6 keping roti kering - diserbukkan
1 biji telur ayam segar
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 siung bawang putih - dicincang
1 sudu kecil pasli
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:-
Gaul semua bahan-bahan hingga sebati. Bentukkan menjadi
bebola kecil.
Bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 30 minit atau
hingga masak.
(c) Penyediaan sos spageti
5 biji tomato yang masak ranum- dipotong dadu
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 siung bawang putih - dicincang
½ cawan sos tomato
2 sudu gula merah
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak sayuran
150 g keju - disagat
2½ cawan air
1 sudu serbuk lada hitam
Cara membuatnya:-
Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga naik
bau.
Masukkan tomato, sos tomato, gula merah, garam, serbuk
lada hitam, oregano dan air.
Biarkan ia mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
Masukkan keju. Kacau sehingga sebati.
Masukkan bebola daging ke dalam sos.
No comments:
Post a Comment