Bahan-bahan untuk lapis bawah:-
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
Cara-cara untuk membuat lapis bawah:
1. Gaul rata semua bahan.
2. Leset minyak pada loyang. Masukkan pulut ke
dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3. Tekan padat pulut yang telah masak tadi.
Bahan-bahan untuk lapis atas:
3 cawan santan pekat
4 helai daun pandan (jadikan
jus pandan)
½ sudu kecil pewarna hijau
½ cawan gula
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau
kastad
1 biji telur ayam segar
1 sudu kecil garam
Cara-cara Membuatnya:-
1.Gaul semua bahan dan tapis.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4. Sejukkan dahulu baru potong. Siap untuk
dihidang.
No comments:
Post a Comment