Bahan-bahannya:-
1 ½ kg
beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 5 jam dan dikukus
1 kg
gula
½ kg
gula melaka
1
cawan air
4 cawan
santan pekat
1 sudu
kecil garam
2
helai daun pandan (simpul)
Cara-cara Membuatnya:-
1. Masukkan gula, gula
melaka, daun pandan dan air di dalam periuk. Masak hingga gula larut dan tapis.
2. Masukkan santan dan
sambung memasaknya hingga memekat.
3. Masukkan pulut yang
telah dikukus dan kacau rata. Gaul hingga sebati dan berkilat.
4. Leset minyak masak di dalam
loyang.
5. Masukkan pulut wajik dalam
loyang dan sejukkan. Potong dan Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment