Friday, June 28, 2019

AGAR-AGAR DURIAN TOK WOK


Bahan-bahannya:-

1 bungkus agar-agar rafia
3 kilogram air bersih
2 cawan gula pasir
1 tin susu cair Ideal
1 sudu esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
2 biji telur ayam segar
1 biji durian, ambil isinya

Cara-Cara Membuatnya:-


1.       Di dalam mangkuk adunan, bubuh isi durian yang telah diasingkan dari bijinya dan pukul bersama telur.
2.       Masukkan susu cair, esen vanilla dan pewarna kuning.
3.       Sementara itu, panaskan air hingga mendidih di dalam periuk dan masak hingga agar-agar larut.
4.       Masukkan gula hingga melarut. Perlahankan api.
5.       Masukkan bancuhan durian ke dalam periuk agar-agar dan padamkan api sebaik sahaja agar-agar mendidih kembali.
6.       Tuang agar-agar ke dalam acuan. Hidangkan apabila agar-agar telah membeku.
7.       Sedap dihidangkan dalam keadaan telah disejukkan dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0