1 ekor ikan siakap – saiz tapak tangan, dibersihkan
1/3 inci halia muda – dihiris
¼ karot saiz sederhana – dipotong memanjang
1 cawan bunga kubis – dipotong kecil
1 cawan brokoli – dipotong kecil
1 cawan putik jagung – dihiris menyerong
1 labu bawang Holland – dihiris membulat
Hiasan: daun pudina
Rempah tomyam
Bahan untuk dilumatkan
6 biji lada merah segar
12 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1 batang serai
½ inci lengkuas
2 sudu pes tomyam
1 sudu jus limau
1 sudu minyak masak
3 helai daun limau purut
½ cawan air
Garam – secukup rasa
Lada sulah - secukup rasa
Cara-Cara Membuatnya:-
1. Untuk membuat rempah tomyam, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah dilumatkan sehingga wangi. Masukkan pes tomyam dan teruskan menumis.
2. Tambah sedikit air. Masukkan karot, bawang Holland, bunga kubis, brokoli dan jagung satu demi satu. Teruskan memasak selama 5 minit, dan masukkan daun limau purut, halia, garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sebentar dan padamkan api. Masukkan jus limau.
3. Letakkan ikan di atas pinggan tahan panas dan tuangkan rempah tomyam di atasnya. Lumurkan serata di atas ikan bersama sayur-sayurannya.
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak selama kira-kira 10 minit.
5. Siap untuk dihidangkan panas bersama hiasan daun pudina.
No comments:
Post a Comment