Saturday, April 4, 2020

DAGING PANGGANG BERLADA


BAHAN-BAHAN;

½ kg daging batang pinang/musir (sirloin)
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar lada Sichuan
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun

CARA-CARA MEMBUAT

1.    Bersihkan daging dan lap hingga kering.
2.  Tumbuk lada hitam dan lada Sichuan dan campurkan beberapa titis minyak zaitun. Campurkan bersama garam dan lada sulah dalam bahan tadi.
3.    Lumurkan rempah itu pada daging dan perap selama 20 minit.
4.    Panaskan kuali dan oleskan dengan sedikit minyak. Letak dalam kuali dan panggang sehingga keperangan, panggang sekitar 10 – 15 minit.
5.    Selepas itu, panggang dalam oven pula selama 20 minit sehingga masak.
6.    Keluarkan dari oven dan hiriskan nipis, hidang bersama salad dan makan dengan sos kegemaran anda.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0