300 g bihun – direndam hingga lembut dan ditapis
200 g udang segar – dibuang kulitnya
200 g tauge
150 g karot – dipotong panjang dan kecil
3 keping tauhu – digoreng dan dihiris nipis
1 keping telur dadar – dihiris
2 sudu udang kering
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
Garam – secukup rasa
Serbuk lada hitam – untuk tambahan
Sedikit air
½ sudu kecil lada hitam
4 ulas bawang merah
4 siung bawang putih
Hiasan:
2 biji limau – dibelah
Daun bawang - dihiris
Cara–Cara Membuatnya:-
1. Panaskan minyak buat telur dadar dan goreng tauhu, angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak dan tumis bahan yang dilumatkan sehingga wangi.
2. Masukkan udang, garam, sos tiram dan sedikit air. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan teruskan memasak.
3. Masukkan karot dan masak sehingga lembut. Kemudian masukkan pula bihun dan kacau sebati.
4. Apabila bihun telah lembut, masukkan pula tauge.
5. Uji kecukupan rasa. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
6. Masukkan tauhu yang telah dihiris dan gaul sebati sebelum menghidang. Hiaskan dengan hirisan telur dadar, daun bawang dan limau.
No comments:
Post a Comment