Thursday, June 6, 2019

KETAM BIRU MASAK MASAM MANIS

Bahan-Bahannya:- 

5 ekor ketam biru – dibersihkan
1 biji telur ayam segar – dipukul sedikit
½ biji lada benggala hijau – dihiris
1 tangkai daun ketumbar – dicincang
2 sudu minyak masak – untuk menumis

Bahan untuk dilumatkan 
1 siung bawang putih
1 inci halia
6 ulas bawang merah
2 biji lada merah

Sos 
3 sudu sos cili
5 sudu sos tomato
½ sudu gula perang
1 sudu cuka
½ cawan air
½ sudu kecil tepung jagung - dilarutkan dalam ¼ cawan air
Garam – secukup rasa
Lada sulah - secukup rasa

Hiasan 
2 tangkai daun bawang – dipotong 1 inci

Cara-Cara Membuatnya:- 



1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dilumatkan hingga naik bau wangi. Masukkan ketam dan teruskan memasak. 
2. Masukkan sos dan kira-kira ½ cawan air, masak selama 5 minit. Kemudian, tutup kuali dan renihkan selama kira-kira 10 minit, atau sehingga ketam masak dan kuah memekat. 
3. Masukkan lada benggala diikuti daun ketumbar, kacau serata. 
4. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dengan cepat untuk mengelakkan telur bergumpal, biarkan seketika. 
5. Padamkan api. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun bawang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0