Bahan-Bahannya:-
5 keping ikan tenggiri – dibersihkan dan ditos
1 sudu pes taucu – kacang soya awet, dilecek
1 siung bawang putih – dicincang halus
½ inci halia – dihiris
½ sudu minyak masak – untuk menumis
½ cawan air asam jawa
½ biji lada merah – dipotong serong halus
1 tangkai daun bawang – dicincang
1 tangkai daun ketumbar – dicincang
Minyak masak – untuk menggoreng
Cara-Cara Membuatnya:-
1. Panaskan minyak dan ikan tenggiri digoreng tawar hingga sedikit kuning tidak garing. Angkat dan ketepikan.
2. Jika kuali yang sama, keluarkan minyak atau panaskan minyak dalam kuali yang lain.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, pes taucu dan lada merah. Kacau sehingga kuah memekat, masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng.
4. Gaul hingga kuah rata, tudung kuali sekejap. Padamkan api selepas 2 minit.
5. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment