Tuesday, June 4, 2019

PUCUK UBI MASAK PETAI TEMPOYAK

Bahan-Bahannya:- 

½ ikat pucuk ubi – direbus dan ditos airnya
1 keping daun kunyit – dihiris nipis
1 ekor ikan selayang segar
1 papan petai – dipisahkan dari tangkainya dan dibelah dua
2 batang serai – dihiris nipis
2 cawan santan
½ cawan tempoyak
7 biji cili padi
½ inci kunyit segar
½ cawan air
Garam - secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya:- 



1. Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan pucuk ubi, daun kunyit, serai, petai bersama campuran cili padi dan kunyit. Kemudian tuangkan santan.
2. Gaul rata sehingga daun mengecut sedikit. Masukkan ikan selayang, tambah sedikit air dan teruskan memasak di atas api sederhana hingga ikan selayang masak.
3. Keluarkan ikan selayang dan pisahkan isi dari tulangnya. Masukkan kembali bahagian isi ikan selayang sahaja ke dalam periuk.
4. Masukkan tempoyak dan gaul rata.
5. Teruskan mengacau sehingga kuahnya sering dan pekat sedikit. Uji kecukupan rasa dan tambah garam secukupnya.
6. Tutup api dan siap untuk dihidang bersama nasi.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0