Thursday, May 7, 2020

AIS KERIM DURIAN MUSANG BERJANGGUT

Kemalrin bekas kawan kerja suami Kak Mas beri durian sebiji, jadi lepas berbuka petang tu anak dan menantu Kak Mas serta cucu dah raya sakan dengan durian tu dan tinggal biji-biji durian dan kulit serta sepangsa untuk Kak Mas dan suami. Mulanya nak makan selepas solat Tarawih tapi dah makan ubat jadi kena hold lah dulu, bimbang mabuk kepanasan nanti.

Kata orang kalau durian ada hanya sepangsa; sedikit 3 ulas biji je besar, nak bagi dapat ramai orang dapat rasa buatlah bubur kacang bubuh durian. Nampak dah ada lagi biji kacang atas rak tapi biji kacang itu suami Kak Mas dah ada projek untuk buat tauge. Ternak tauge musim PKPB.

Okeylah, jadinya Kak Mas buat sesuatu yang istimewa untuk berbuka puasa semalam. Kak Mas buat Ais Kerim Durian Musang Berjanggut buatan sendiri, sebab musim PKPB ni suami tak jumpa kedai gunting lagi. Hasilnya, hebat, menarik dan tertarik. Semua dapat makan lagi, itulah bila kita dah peringkat berumur ni berkongsi itu suatu yang indah.

AIS KERIM DURIAN MUSANG BERJANGGUT

Bahan-bahannya:

1 tin susu cair Ideal – kalau nak sama rasa seperti yang Kak Mas buat.
½ tin susu pekat manis Tea Pot – boleh kurangkan untuk yang suka kurang manis.
2 sudu ovellete
1 biji telur Ayam Segar – nanti pecahkan dalam cawan dulu kut dah tak elok.
¼ sudu kecil garam halus
3 ulas isi durian sahaja – biji tu jangan buang, tanam

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul lagi dengan hand mixer sehingga semuanya larut mesra dan sebati. Pindahkan ke dalam bekas plastik, bekas ais kerim yang kalau masih ada lagi simpan pun okey.
  3. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku. Sehingga membeku.
  4. Hidangkan waktu berbuka atau selepas solat terawih.

Selamat mencuba, nanti jangan lupa tanam biji durian tu petanda kongsi ilmu, semoga pokok durian tu yang ditanam cepat berbuah. Okey; selamat berpuasa dan mengerjakan terawih dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0