Seman diperbuat daripada gula atau manisan (gula melaka), dimasak dan
ditarik dalam tepung sehingga menjadi urat halus seperti sabut. Berikut adalah resipi bagi seman.
Seman
manisan
Bahan-bahan
1/2 kg manisan
1 mangkuk santan (diambil dari 1/2 biji
kelapa)
600 g gula
1 1/2 kg tepung gandum -
digorengkan sehingga kekuningan.
1 sudu teh garam
1 sudu besar cuka
Kaedah
1.
Masak manisan, santan dan garam dalam kuali tembaga
sehingga manisan hancur (» 1/2 jam).
2. Campur gula dan teruskan masak.
3. Campur cuka dan masak hingga pekat (» 45
minit).
4.
Tuang kedalam bekas untuk menyejukkan adunan manisan
tadi (guna bekas tembaga yang telah disapu dengan sedikit minyak masak supaya
tidak melekat).
5.
Apabila adunan telah keras, tarik dalam tepung gandum
goreng dengan menggunakan dua batang kayu sehingga halus seperti urat sabut.
6.
Bentuk seman dnegan cara melikar urat-urat seman
menjadi bulatan kecil.
7.
Bungkus dalam plastik.
Hasil = 60
biji seman.