Friday, September 19, 2014

Seman Manisan

Seman diperbuat daripada gula atau manisan (gula melaka), dimasak dan ditarik dalam tepung sehingga menjadi urat halus seperti sabut.   Berikut adalah resipi bagi seman.

Seman manisan

      Bahan-bahan

      1/2 kg manisan
      1 mangkuk santan (diambil dari 1/2 biji kelapa)
      600 g gula
      1 1/2 kg tepung gandum  -  digorengkan sehingga kekuningan.
      1 sudu teh garam
      1 sudu besar cuka

      Kaedah

1.      Masak manisan, santan dan garam dalam kuali tembaga sehingga manisan hancur (» 1/2 jam).
2.      Campur gula dan teruskan masak.
3.      Campur cuka dan masak hingga pekat (» 45 minit).
4.      Tuang kedalam bekas untuk menyejukkan adunan manisan tadi (guna bekas tembaga yang telah disapu dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat).
5.      Apabila adunan telah keras, tarik dalam tepung gandum goreng dengan menggunakan dua batang kayu sehingga halus seperti urat sabut.
6.      Bentuk seman dnegan cara melikar urat-urat seman menjadi bulatan kecil.
7.      Bungkus dalam plastik.
Hasil   =  60 biji seman.

Opok-Opok

Opok-opok adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut.     Cara membuat opok-opok ini agak rumit dan memakan masa yang panjang.   Opok-opok biasanya dijual di pasar malam dan boleh didapati di Pantai Batu Buruk, pasar Cabang Tiga, Wakaf Tembesu dan di Manir.   pada hari-hari tertentu sahaja.   Opok-opok ini biasanya dimakan dengan kelapa parut dimana kepingan opok-opok yang telah kering dipanggang sehingga kembang dan digulung bersama kelapa parut.

      Bahan-Bahan

      10 kg beras pulut
        4 kg gula
      250 g lilin sarang lebah     )           masak hingga
        1 kg minyak masak         )           pekat (» 10 minit)

Kaedah

1.  Pilih beras pulut dan basuh bersih.
2.  Rendam beras pulut selama 12 jam.
3.  Basuh beras dan tos.
4.  Kukus sehingga masak (selama » 1 – 1 ½ jam).
5.  Tumbuk beras masih panas dalam lesong hingga lumat.
1.      Tambah gula
2.      Uli adunan hingga likat.
3.       Tarik adunan hingga ringan (seperti memproses mee).
4.       Potong adunan dan bentuk seperti roti bun.
5.       Sapu minyak lilin lebah atas plastik
6.       Canai nipis menjadi kepingan bulat (15 cm diameter x 0.2 mm tebal).
7.       Atur atas tikar jemuran.
8.       Jemur panas matahari selama 2 jam.
9.       Embun selama 4 jam.
  1.  Simpan opok-opok dalam bekas bertutup (opok-opok boleh tahan selama 2   bulan).
CARA MENGHIDANG

1.      Panggang opok-opok diatas api sehingga kembang.
2.      Gulung bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.

SATA


Sata adalah sejenis kuih tradisional berasaskan ikan yang popular di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di negeri Terengganu. Sata diperbuat daripada isi ikan, kelapa parut dan rempah.  Adunan isi ikan dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon , dicucuk pada batang buluh   dan dipanggang atas bara api. Pada kebiasaanya sata dihidang sebagai snek  dan  ada juga dihidangkan pada waktu petang.
           

       Bahan


Isi ikan selayang/ tenggiri          1 kg
      Kelapa parut                               1 biji  (boleh dikurangkan kepada
          ½ biji untuk kurangkan lemak)
      Bawang besar                              2 biji  (dicincang halus)
      Bawang merah                           10 ulas   
      Garam                                         15 g 
      Gula                                            64 g      
      Aji no moto   (jika suka)
      Cili hidup                                      4 biji (dimayang )


Cara

1          1. Ikan dibersihkan. Ambil isinya dan kisar.
            2. Kisar kelapa parut hingga halus
3.  Gaul isi ikan dengan kelapa parut, garam gula dan aji no moto
4.  Bentuk daun pisang saperti kon
5.  Masukkan adunan kedalam kelongsong daun pisang dan hias dengan cili hidup
6.  Kemaskan daun dengan lidi
7.  Cucukkan sata pada batang buluh.
           8.  Panggang atas bara api. Boleh juga menggunakan alat pemangang elektrik.
      9.  Apabila masak sejukkan  seketika sebelum mengeluarkan sata dari batang buluh    untuk         
           dihidangkan.








AKOK


   Kuih akok  biasanya dihidang sebagai pembasuh mulut dan minum petang.   Di negeri    Terengganu, akok mendapat tempat istimewa di majlis akad nikah dan majlis tahlil.


      Bahan-Bahan

      10 biji telur ayam
1        mangkuk santan pekat
1        mangkuk gula pasir
1/2 mangkuk tepung beras lembab


       Kaedah

1.  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga cukup sebati dan  rata.
2.  Sapukan acuan dengan minyak masak.
3.  Tuangkan adunan ke dalam acuan.
4.  Bakar dengan menggunakan api di atas dan bawah sehingga masak.












EMAS SEJEMPUT

Peristiwa yang tak dapat dilupakan Kak Mas iaitu semasa perkahwinan bapak saudara. Arwah nenek Kak Mas yang merupakan orang yang paling sibuk, maklumlah anaknya akan menjadi raja sehari. Kuih-muih yang empat mangkuk ini semuanya dibuat sendiri. Kak Mas lah yang menolongnya. Bila semua juadahnya telah terhidang di meja pengantin, arwah nenek lah yang paling gembira.

Mas sejemput mempunyai bentuk tiga segi dan berwarna keemasan bagaikan seketul emas. Ianya  sejenis kuih  yang sungguh istimewa di Terenganu. Kuih ini dihidangkan kepada pengantin lelaki dan perempuan dimajlis perkahwinan, bersama dengan tiga jenis kuih lain iaitu jala mas, hati kesuma dan tahi itik. Keempat kuih ini dikenali sebagai tepung empat mangkok. Uniknya kuih ini kerana diperbuat hanya menggunakan kuning telur sahaja, manakala putih telurnya dijadikan kuih tahi itik.


Bahan – bahan

20 biji telur ayam  (ambil kuning sahaja)
         2  kg gula
         4  gelas air

   Caranya:-

1. Panaskan gula bersama air dalam periuk tembaga selama 20 minit.
  1. Kuning telur dipukul selama 5 minit .
  2. Ambil satu sudu kuning telur dan titikkan kedalam air gula (padamkan api).
  3. Letakkan kembali periuk keatas api selama lebih kurang 5 minit , kemudian angkat.
  4. Jemput (tekan) dengan tiga batang jari semas a masih panas supaya menjadi bentuk tiga segi.

Jika anda nak menempahnya Mas Jemput atau Jala Emas boleh hubungi Kak Minah yang tinggal berhampiran Surau di Kg. Paloh Sg. Kiat.



BENGKANG

P    Setiap tahun bila menjelang bulan puasa, keluarga Kak Mas biasalah menempah kuih Bengkang ini untuk diagihkan kepada saudara-mara dan sahabat handai,

Bengkang diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama kuah lemak atau manis. Terdapat pelbagai jenis bengkang di Terengganu ,walaugaimanapun hanya dua yang popular iaitu bengkang telur  dan bengkang putih (tanpa telur).Hidangan ini biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi atau petang.


Bahan-bahan

½ bungkus tepung beras
1biji telur
5 gelas air

Kaedah

1.   Bancuh tepung bersama air
2.   Pukul telur hingga larut, masukkan kedalam bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.
3.   Bakar dalam acuan tembaga sehingga masak. Gunakan api yang perlahan.

Bahan untuk kuah lemak

½ biji kelapa parut  (ambil santannya)
3 ekor ikan selayang
       ½ inci halia     (dimayang)
5 ulas bawang merah(dimayang)
sedikit halba
sedikit tepung beras (untuk pekat)

Kaedah


  1. Ikan dibersihkan dan direbus,ambil isinya dan dihancurkan.
  2. Campurkan isi ikan, halia ,  bawang  dan santan dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan haiba, garam , gula dan tepung beras supaya kuah menjadi pekat.
  4. Hidangkan  bersama kuih bengkang .








google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0