Saturday, June 11, 2005

BINGKA TEPUNG GANDUM


Bahan-bahannya:-

6 biji telur ayam segar
1 tin susu cair
2 tin air
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula

Cara-cara Membuatnya:-

Friday, June 10, 2005

PENGAT PISANG DAN KELEDEK (KOLAK BUGIS)

Bahannya:-

600 gram keledek (dipotong dadu - direbus dahulu kemudian di tos)
 4 biji pisang raja (dipotong tiga)
1 biji kelapa parut (ambil santan)
150 gram gula pasir / manisan
1 biji telur
2 helai daun pandan
Secubit garam

Caranya:-

1. Masukkan santan bersama daun pandan dan garam ke dalam periuk.
2. Masukkan gula dan keledek dengan separuh masak, kemudian masukkan pisang.
3. Selepas beberapa kali mendidih masukkan telur yang telah dipukul.
4. Angkat dan hidangkan makan di waktu petang.

Wednesday, June 1, 2005

RESEPI PUDING KURMA

Bahan-bahannya:

300 gm buah kurma - buang biji dan lecek
1 mug margerin
1 mug susu cair Ideal
2 camca besar tepung naik sendiri
1 sudu besar gula halus
2 biji telur
Esen vanilla sedikit

Cara-cara Membuatnya:

1.   Pukul margerin bersama gula hingga kembang, dan masukkan telur teruskan memukul hingga kembang molek.
2.   Kemudian masukkan susu cair, tepung naik sendiri, buah kurma dan kacau hingga sebati.
3.   Masukkan campuran dalam acuan dan kukus hingga masak.
4.   Siap.

Wednesday, May 18, 2005

TALAM UBI



Bahan-bahan untuk membuat lapis bawah:-

1 kilo ubi kayu - dilumatkan dan tapis, buang air tapisan
3 cawan air
1 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara untuk membuat lapis bawah:

1.                   Panaskan kukusan dan leset minyak pada loyang.
2.                   Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3.                   Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Bahan-bahan untuk membuat lapis atas:

Tuesday, May 10, 2005

KUE TIAU LADNA

Bahan-bahannya:-

1 bungkus kue tiau
2 siong bawang putih
1 biji bawang besar
200 gram isi udang segar
200 gram hirisan daging ayam
200 gram sotong - dipotong kecil
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu air
5 biji cili padi
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil taucu
200 gram sayur kailam, jagung muda, bunga kubis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan stok ayam
Bahan perasa secukupnya.

Cara-cara Membuatnya:-

Friday, May 6, 2005

BUKU RESIPI HAMEMAH

Kebijaksanaan isteri memasak bakalan membuahkan rasa cinta dan ingatan suami yang berkekalan. Makanan ibu meninggalkan memori yang mendalam buat si anak. Kita juga sering merindukan masakan ibu dan itulah yang akan berlaku buat anak-anak kita nanti. Mereka juga memuji-muji masakan yang kita sediakan kerana kita adalah ibunya.

Cara penyediaan, kaedah, resepi dan masakan yang dimasak menyimpan rahsia asal keturunan, waris dan persaudaraan.  Tidak kenal maka tak cinta, kata orang sesedap manapun makanan di restoran yang termahal pun, sedap lagi sambal belacan dan ulam-ulaman dari dapur sendiri.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0