Tuesday, November 12, 2013

Petua Memasak - Cara Besarkan Biji Petai

Semalam Kak Mas pergi ke Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu untuk membeli barangan basah keperluan harian bagi simpan seminggu seperti ikan, ayam, telur, sayur-sayuran. Antara barangan yang dibeli ialah petai. Kak Mas berlegar di tempat jualan sayur-sayuran untuk mencari petai. Ada beberapa tempat yang menjual petai dan semuanya mempunyai mata yang kecil sahaja. Maksud Kak Mas, mata tu biji petailah.

Kak Mas tiada pilihan banyak, Kak Mas membeli juga petai yang mempunyai biji paling besar antara biji petai kecil-kecil itu. Yang Kak Mas nak kongsi di sini ialah cara untuk kita membuat biji petai menjadi besar sikit lagi dari yang Kak Mas beli itu. Sebenarnya, biji petai boleh dibesarkan sedikit dengan menggunakan teknik ini.

Mula-mula, kupas buang kulit ambil biji petai sahaja. Letakkan semua biji petai tersebut ke dalam mangkuk, masukkan air sejuk, jangan guna air panas dan biarkan biji petai itu terendam untuk tempoh 6 jam atau lebih. Selepas itu, toskan air dan simpan dalam peti sejuk supaya petai itu tidur, kalau tak disimpan dalam peti sejuk, petai tadi akan tumbuh. 

Semoga petua ni memberi manfaat untuk anda. Petai yang layu juga dapat dirawat dengan kaedah rendaman air ini. Semua mata petai memandang kat Kak Mas pulak dah. Nak masak apa abah dia ni?


Tuesday, June 18, 2013

AIR MANGGA

Bahan-bahannya: 

2 biji buah mangga (yang masak)
½ gelas air gula
2 ½ gelas air sejuk

Cara-caranya;  

1. Buah mangga dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil. 
2. Masukkan ke dalam blender bersama dengan air gula dan air sejuk. Kisar hingga hancur. 
3. Kemudian ditapis ambil airnya dan disejukkan.

PUDING PRUN

Bahan-bahannya:- 

37.5 gram agar-agar
250 gram gula
1 tin susu cair
4 biji telur
½ kotak buah prun (dihiris)
4 cawan air

 Cara-caranya;  

1. Agar-agar dimasak hingga hancur kemudian ditapis. 
2. Pukul telur, gula dan buah prun hingga sebati. 
3. Tuangkan ke dalam agar-agar bersama susu cair. Masak hingga mendidih.
4. Angkat dan sejukkan ke dalam acuan.

AYAM MASAK TOMATO

Bahannya:- 

1 ekor ayam (potong ikut suka)

15 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(cili kering, bawang merah dan bawang putih digiling)

1 sudu teh gula
1 tin kacang peas
½ botol tomato sos
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam dan kunyit

 Cara-caranya:  

1. Ayam digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng. 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya kemudian masukkan ayam. 
3. Masukkan sedikit air asam dan tomato sos, bila kuahnya telah agak pekat masukkan kacang peas gaul rata-rata barulah diangkat. 


Sesuai dimakan dengan nasi minyak / nasi tomato.

Resepi Udang Popia (Hajah Sheila Rusly)

Resepi Udang Popia Hajah Sheila Rusly.

KETAM GORENG BERCILI

Bahan:- 

900 gm ketam
2 biji bawang besar (dibelah lapan)
5 cm kulit kayu manis
1 tin kecil kacang peas
2 biji cili merah (dihiris)
50 sen daun kucai.

Bahan untuk digiling (cili kering, kacang goreng, lengkuas)
150 gm cili kering
150 gm kacang goreng
2.5 cm lengkuas
Garam secukupnya

Cara-caranya:-  
1. Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan kunyit kemudian goreng hingga garing. 
2. Panaskan minyak dan tmus bawang besar serta kulit kayu manis. 
3. Masukkan bahan giling, cili merah, air asam dan garam masak hingga mendidih. 
4. Masukkan daun kucai yang dipotong dan kacang peas kacau rata-rata, kemudian angkat dan tuangkan ke atas ketam tadi.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0