Friday, September 19, 2014

AKOK


   Kuih akok  biasanya dihidang sebagai pembasuh mulut dan minum petang.   Di negeri    Terengganu, akok mendapat tempat istimewa di majlis akad nikah dan majlis tahlil.


      Bahan-Bahan

      10 biji telur ayam
1        mangkuk santan pekat
1        mangkuk gula pasir
1/2 mangkuk tepung beras lembab


       Kaedah

1.  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga cukup sebati dan  rata.
2.  Sapukan acuan dengan minyak masak.
3.  Tuangkan adunan ke dalam acuan.
4.  Bakar dengan menggunakan api di atas dan bawah sehingga masak.












EMAS SEJEMPUT

Peristiwa yang tak dapat dilupakan Kak Mas iaitu semasa perkahwinan bapak saudara. Arwah nenek Kak Mas yang merupakan orang yang paling sibuk, maklumlah anaknya akan menjadi raja sehari. Kuih-muih yang empat mangkuk ini semuanya dibuat sendiri. Kak Mas lah yang menolongnya. Bila semua juadahnya telah terhidang di meja pengantin, arwah nenek lah yang paling gembira.

Mas sejemput mempunyai bentuk tiga segi dan berwarna keemasan bagaikan seketul emas. Ianya  sejenis kuih  yang sungguh istimewa di Terenganu. Kuih ini dihidangkan kepada pengantin lelaki dan perempuan dimajlis perkahwinan, bersama dengan tiga jenis kuih lain iaitu jala mas, hati kesuma dan tahi itik. Keempat kuih ini dikenali sebagai tepung empat mangkok. Uniknya kuih ini kerana diperbuat hanya menggunakan kuning telur sahaja, manakala putih telurnya dijadikan kuih tahi itik.


Bahan – bahan

20 biji telur ayam  (ambil kuning sahaja)
         2  kg gula
         4  gelas air

   Caranya:-

1. Panaskan gula bersama air dalam periuk tembaga selama 20 minit.
  1. Kuning telur dipukul selama 5 minit .
  2. Ambil satu sudu kuning telur dan titikkan kedalam air gula (padamkan api).
  3. Letakkan kembali periuk keatas api selama lebih kurang 5 minit , kemudian angkat.
  4. Jemput (tekan) dengan tiga batang jari semas a masih panas supaya menjadi bentuk tiga segi.

Jika anda nak menempahnya Mas Jemput atau Jala Emas boleh hubungi Kak Minah yang tinggal berhampiran Surau di Kg. Paloh Sg. Kiat.



BENGKANG

P    Setiap tahun bila menjelang bulan puasa, keluarga Kak Mas biasalah menempah kuih Bengkang ini untuk diagihkan kepada saudara-mara dan sahabat handai,

Bengkang diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama kuah lemak atau manis. Terdapat pelbagai jenis bengkang di Terengganu ,walaugaimanapun hanya dua yang popular iaitu bengkang telur  dan bengkang putih (tanpa telur).Hidangan ini biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi atau petang.


Bahan-bahan

½ bungkus tepung beras
1biji telur
5 gelas air

Kaedah

1.   Bancuh tepung bersama air
2.   Pukul telur hingga larut, masukkan kedalam bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.
3.   Bakar dalam acuan tembaga sehingga masak. Gunakan api yang perlahan.

Bahan untuk kuah lemak

½ biji kelapa parut  (ambil santannya)
3 ekor ikan selayang
       ½ inci halia     (dimayang)
5 ulas bawang merah(dimayang)
sedikit halba
sedikit tepung beras (untuk pekat)

Kaedah


  1. Ikan dibersihkan dan direbus,ambil isinya dan dihancurkan.
  2. Campurkan isi ikan, halia ,  bawang  dan santan dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan haiba, garam , gula dan tepung beras supaya kuah menjadi pekat.
  4. Hidangkan  bersama kuih bengkang .








KHASIDAH

      Khasidah  merupakan  sejenis  kuih  tradisional  istimewa  sebagai  hantaran  dan  hidangan majlis      perkahwinan orang-orang melayu, berkhatan dan juga makanan bagi orang yang bersalin .   Kuih ini juga popular sebagai juadah berbuka puasa bagi umat Islam.   Khasidah diperbuat daripada tepung gandum, santan, telur dan gula.   Didapati dalam    pelbagai bentuk seperti bunga ros dan sebagainya. Kuih ini tidak lengkap tanpa dihiasi dengan   bawang goreng.
    Kak Mas selalu  membantu nenek untuk membuat kuih khasidah ini. Memanglah cerewet sikit untuk memasak dan memakan masa selama 1 hari untuk menyiapkannya. Kuih ini dikacau dalam kuali khas (kuali tembaga) yang ditempah. Sebelum diadun, tepung gandum itu hendaklah dijemur terlebih dahulu barulah digoreng sehingga kekuningan.

      Bahan-bahan

      600 g tepung gandum - hendaklah digoreng terlebih dahulu
      600 g gula    (boleh dikurangkan jika tidak suka manis
      1 biji kelapa parut    (ambil santan » 3 gelas)
      4 biji telur
      2 helai daun pandann
      10 biji bawang merah (hiris dan goreng dengan minyak sapi)

      Cara    

1.  Satukan tepung gandum, santan, telur dan gula dalam periuk.
                  2.  Tapis supaya tidak berketul.
                  3.  Kacau adunan di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
                  4.  Angkat dan tuang kedalam dulang berlapikan daun pisang.Biarkan hingga sejuk.
                  5.  Bentukkan ikut suka hati (biasanya bentuk bunga ros).
      6.  Hias diatasnya dengan bawang merah goreng .










ASAM GUPAL/SAGUMPAL

Asam gupal atau sagumpal bermaksud sagu segumpal. Ianya diperbuat daripada sagu  berintikan kacang hijau serta berkuah santan. Kuih ini dihidangkan pada tengahhari dan  petang. 

Bahan-Bahan

      Kacang hijau                     1/2  kg
Manisan                             1 bungkus (6 biji kecil)
Sagu                                  250 gm
Kelapa parut                      2 biji (di ambil santan)
Nangka Madu                    5 ulas (dimayang).
Halba                                 1 sudu teh
Halia                                  1/2 inci (dimayang).
Bawang merah                  (dimayang)

Caranya:-


1.  Kacang hijau direbus sampai empuk dan dimasukkan sedikit garam.
2.  Setelah empuk masukkan manisan dan dikacau hingga pekat yang boleh dibentuk sebagai inti.
3.  Sagu dijirus dengan air panas sehingga boleh dibentuk dan dimasukkan inti.
4.  Masukkan halba, halia, bawang merah, nangka dan garam ke dalam santan dan dijerang di atas dapur.  Kacau sehingga mendidih.
5.   Masukkan gumpalan sagu berinti ke dalam santan yang mendidih.
6.   Apabila gumpalan sagu berinti timbul bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan.





ENCIK ABAS DEMAM


Che Abas Demam @ Encik Abas Demam adalah sejenis kuih yang unik, diperbuat daripada sagu berkuah santan.

Menurut cerita, kuih ini dikenali sebagai Encik Abas Demam kononnya adalah gurauan kepada  seorang bernama Abas yang berasal dari Sarawak dan tinggal menetap di Kampung Maras, Terengganu dan bekerja sebagai penebang pokok sagu untuk makanan ternakan. Bertemu jodoh dengan orang tempatan.


Ketika kenduri makan laksa diadakan di kampung tersebut, Encik Abas telah jatuh demam, dan isteri Encik Abas telah menasihatnya untuk tidak memakan laksa dengan alasan dalam keadaan demam memakan laksa yang menggunakan acuan kebuk tembaga, boleh menyebabkan badan orang yang demam akan bertambah sakit.

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0