Friday, December 26, 2014

KUEY TEOW LADNA



Bahan-Bahannya:-

1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 siung bawang putih. cincang halus.
1 batang karot
sedikit putik jagung
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sayur kailam
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)
*AIR REBUSAN AYAM & DAGING


Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang


Cara-Cara Membuatnya:-

1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
2. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali yang tidak melekat.. kurangkan minyak masak supaya kuahnya tidak berminyak.
3. Angkat dan biarkan seketika.
4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
6. Masukkan sos tiram dan taucu.
7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.
9. Perahkan sedikit limau kasturi
10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kailam. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.
11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
12. siap untuk dihidangkan. Cuba rasa…sangat sedap..

Thursday, December 18, 2014

Chor Kuey Teow


Bahan:

500 gram kuey teow
100 gram udang (sederhana)
100 gram taugeh
2 sudu besar  kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes cili
2 siung bawang putih          - (diketuk)
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh lada hitam
1 tangkai daun bawang /kucai (dipotong)
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perisa – ikut selera

Cara:

1.       Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak dah pijar masukkan bawang putih biarkan sehingga naik kuning.
2.       Selepas itu masukkan pes cili, kicap pekat, sos tiram, lada sulah, lada hitam dan masukkan telur dan kacau.
3.       Kemudian masukkan udang dan kuey teow berserta garam dan perisa mengikut selera gaul, kemudian masukkan daun bawang/kucai sampai rata.
4.       Angkat dan hidangkan. 

Tuesday, December 9, 2014

Ayam Masam Manis

Bahan-bahan:-

500 gram isi ayam (dipotong kecil dam dibersihkan)
3 siung bawang putih      )
3 biji bawang besar       ) dikisar
1 inci halia                    )
1/2 cawan air
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
2 biji tomato (dipotong)
3 biji cili merah           )
3 biji cili hijau             )    dipotong bulat
1 biji bawang besar     )
5 batang kacang buncis ) dipotong 
2 sudu makan minyak masak

Caranya:

1. panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras).
2. angkat ayam dan ketepikan. tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, kacang buncis, tomato, cili merah, cili hijau. Biarkan sebentar kemudian angkat  dan hidangkan.


Kek Marble Susu


Bahan:-

3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Cara buat.
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak
Selamat Mencuba

Monday, December 8, 2014

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Hmm.... siapa yang tidak teruja bila tengok puding ini. Puding koktel kastard di mana salah satu bahan yang digunakan ialah aiskrim vanilla. Nyaman benar masuk ke tekak sejurus keluar daripada peti sejuk. Nyum..nyum..
Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram) 
6 cawan air 
1 ¾ cawan gula 
4 sudu besar ais-krim vanilla 
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.


Sunday, December 7, 2014

Kerutuk Ayam



Bahan:-
1 ekor ayam (1 ½ kilo) – (dipotong 4)

3  biji bawang putih                                         )
8 biji bawang kecil                                           )   dikisar
2 biji bawang besar                                          )
1  inci halia                                                       )             
½ inci lengkuas                                                 )
5 sudu makan rempah gulai (cap bunga Ros)
2 sudu kecil rempah masak (cap bunga Ros)
Kerisik – (1 biji kelapa)
3 – 4 biji halba
½ inci manisan
2 batang serai – diketuk
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan santan pekat (dicampur dengan 1 cawan air)
Garam dan perisa secukup rasa

Bahan untuk hiasan

1 biji bawang besar – dibelah 4
2 biji cili merah – dibelah 4

Caranya

1.       Campurkan bahan kisar bersama rempah gulai dan rempah masak.
2.       Masukkan bahan yang telah dicampur tadi, air asam jawa, serai ke dalam periuk bersama santan dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
3.       Selepas itu masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk sehingga masak dan biarkan menjadi pekat.
4.       Masuk garam, manisan, halba dan perisa secukup rasa.
5.       Masukkan bawang besar dan cili yang dibelah untuk hiasan.
6.       Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.




google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0