Wednesday, June 5, 2013

PERIA GORENG

Bahannya:-

 2 biji peria
¼ kilo udang
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
Garam, serbuk perasa secukupnya

Caranya:-
1. Peria dibersihkan dan dipotong kecil-kecil setelah itu diramaskan dengan sedikit air garam, dibasuh dan ditoskan.
2. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya. Cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga pijar dan masukkan air asam jawa, garam dan sebuk perasa.
4. Selepas itu masukkan udang dan juga peria.
5. Setelah masak boleh dimasukkan cili merah dan bawang besar yang dimayangkan.
6. Angkat dan hidang.


Pahit ??? ... itu ubat mujarab .... jangan duk ratah udang pulak ..... yang gout tu makan peria udah .... udang kasi kat orang sebelah .... hehehe....

Tuesday, June 4, 2013

Nasi Lemak Bonda Dayang

Bahan Nasi Lemak:
500 gram beras (basuh dan toskan)
3 ½ cawan santan
½ inci halia
1 sudu camca gula
Garam dan daun pandan

Cara-cara:-
1. Masukkan santan, halia, garam dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
2. Masukkan beras kedalam periuk yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan dan biarkan nasi sampai kering dan kecilkan api.
3. Biarkan periuk tadi mengeluarkan wap beberapa kali – tandanya nasi masak.

Bahan untuk sambal:

125 gram ikan bilis (digoreng) / 1 kilo ikan tongkol (dikukus dan digoreng) / Sotong / Kerang
125 gram bawang merah
60 gram cili kering / cili api (10 biji) digiling
5 cm belacan
2 camca besar minyak
1 camca teh gula @ manisan (gula Melaka)
1 ½ camca air asam

Sedikit garam

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling sehingga naik pijar.
2. Masukkan ikan bilis atau ikan, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.
3. Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.

Hidangan tambahan:

Kacang goreng
Hirisan Timun
Telur ayam atau telur puyuh yang direbus
Kangkung yang dicelur

Kalau minta daun pandan jiran tu ...... pandai-pandailah untuk beri semangkuk ....... Lepas tu kalau jiran tanya siapa buat ni sedap sangat .... eh... anak dara yang sorang tu lah ..... bukan apa ... promo ....Resepi Nasi Lemak ni Kak Mas dapat masa-masa remaja dulu dari Bonda Dayang Ramlah kini beliau menetap di Teluk Intan, Perak.

Wednesday, May 29, 2013

Resepi Puding Buah-buahan

Bahan-bahannya:

1 tin buah-buahan cocktail
40 gm agar-agar
2 biji kuning telur ayam
2 sudu besar mentega
2 gelas gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air

Cara-cara Membuatnya

1.   Masak agar-agar dengan secawan air.
2.   Setelah mendidih, angkat dan tapis agar-agar tersebut.
3.   Pukul telur hingga kembang.
4.   Kemudian masukkan susu dan esen vanila. Kacau hingga larut sebati  kedalam periuk agar-agar yang ditapis tadi.
5.   Masak hingga mendidih.
6.   Masukkan mentega dan buah-buahan dan kacau sehingga rata.
7.   Angkat dari dapur, biarkan sejuk sedikit dan tuang kedalam acuan dan bekukan.
8    Hidang setelah beku.

Monday, April 8, 2013

AGAR-AGAR SANTAN


Bahan-bahannya

37.5 gram agar-agar
2 cawan santan pekat
2 cawan air
½ cawan gula pasir
½ sudu kecil Esen vanilla
¼ sudu kecil garam
Pewarna tema

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, September 19, 2012

ASAL USUL NASI DAGANG TERSIMPAN RAHSIA BURASAK

Sehingga hari ini, ramai yang tidak tahu siapakah yang mula membuat nasi dagang. Sebut sahaja nasi dagang, hanya ramai yang tahu ianya berasal dari Negeri Terengganu, sebuah negeri yang berada di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut seorang tua yang saya temui, nasi dagang pada mulanya tidak dibuat oleh orang tempatan negeri Terengganu tetapi ianya dibuat oleh orang Bugis yang datang berdagang. Nasi dagang mulanya dibuat secara tidak sengaja oleh orang Bugis yang berada di Terengganu.

Ianya dikatakan terjadi semasa persediaan untuk menyambut hari raya aidil fitri. Telah menjadi kebiasaan rakyat akan memberi persembahan kepada istana. 

Menurut cerita, orang-orang Bugis bercadang untuk menyediakan juadah istimewa bagi dipersembahkan kepada baginda Sultan yang memerintah Terengganu pada masa itu. 

Bagi tujuan ini, orang-orang Bugis telah sepakat di kalangan mereka untuk membuat makanan Bugis secara bergotong-royong.


google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0