Monday, June 10, 2013

PUDING COCKTAIL

Bahannya:-

 1  tin buah-buah (fruit cocktail)
37 gram agar-agar
2   biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
2   sudu besar mentega
2   gelas gula
1   tin susu cair
Sedikit esen vanilla
1   cawan air

Caranya:-

1. Agar-agar dimasak dengan air. Setelah mendidih angkat dan tapis. Kemudian masukkan susu, gila kuning telur yang sudah dipukul terlebih dahulu di dalam bekas yang berasingan dan esen vanilla. Biarkan sehingga mendidih.

2. Akhir sekali barulah masukkan mentega dan buah-buahan.

3. Kacau perlahan2 sehingga rata.

4. Setelah itu tuangkan di dalam acuan dan bekukan.

Apabila sudah beku boleh dihidangkan.

Ingat; sebelum semua ada di meja jangan lagi dimakan nanti ada pula yang tak sempat merasa puding ni. Hajat hati nak bagi tetamu yang merasanya, kut nya tuan rumah yang perhabisnya dulu.... heh heh....

Thursday, June 6, 2013

SINGGANG DAGING MAK TERANUNG

Bahannya:

600 gram daging lembu
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ cm halia di mayang
2 ½ cm kunyit
1 sudu ketumbar
½ sudu lada hitam
3 keping asam gelugur
2 cm lengkuas
Sedikit aji no moto dan garam secukup rasa

Caranya:-

1. Daging dipotong kecil dan dibersihkan.
2. (Ketumbar, lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, asam keping, kunyit dan lengkuas) ditumbuk. 3. Masukkan (2) ke dalam periuk yang telah dimasukkan air dan masukkan daging.
4. Masak api perlahan hingga empuk/lembut kemudian diangkat dan dihidangkan.

Kalau nak rasa tu jangan banyak-banyak nanti tak jadi lauk lah pulak.

Wednesday, June 5, 2013

PERIA GORENG

Bahannya:-

 2 biji peria
¼ kilo udang
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
Garam, serbuk perasa secukupnya

Caranya:-
1. Peria dibersihkan dan dipotong kecil-kecil setelah itu diramaskan dengan sedikit air garam, dibasuh dan ditoskan.
2. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya. Cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga pijar dan masukkan air asam jawa, garam dan sebuk perasa.
4. Selepas itu masukkan udang dan juga peria.
5. Setelah masak boleh dimasukkan cili merah dan bawang besar yang dimayangkan.
6. Angkat dan hidang.


Pahit ??? ... itu ubat mujarab .... jangan duk ratah udang pulak ..... yang gout tu makan peria udah .... udang kasi kat orang sebelah .... hehehe....

Tuesday, June 4, 2013

Nasi Lemak Bonda Dayang

Bahan Nasi Lemak:
500 gram beras (basuh dan toskan)
3 ½ cawan santan
½ inci halia
1 sudu camca gula
Garam dan daun pandan

Cara-cara:-
1. Masukkan santan, halia, garam dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
2. Masukkan beras kedalam periuk yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan dan biarkan nasi sampai kering dan kecilkan api.
3. Biarkan periuk tadi mengeluarkan wap beberapa kali – tandanya nasi masak.

Bahan untuk sambal:

125 gram ikan bilis (digoreng) / 1 kilo ikan tongkol (dikukus dan digoreng) / Sotong / Kerang
125 gram bawang merah
60 gram cili kering / cili api (10 biji) digiling
5 cm belacan
2 camca besar minyak
1 camca teh gula @ manisan (gula Melaka)
1 ½ camca air asam

Sedikit garam

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling sehingga naik pijar.
2. Masukkan ikan bilis atau ikan, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.
3. Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.

Hidangan tambahan:

Kacang goreng
Hirisan Timun
Telur ayam atau telur puyuh yang direbus
Kangkung yang dicelur

Kalau minta daun pandan jiran tu ...... pandai-pandailah untuk beri semangkuk ....... Lepas tu kalau jiran tanya siapa buat ni sedap sangat .... eh... anak dara yang sorang tu lah ..... bukan apa ... promo ....Resepi Nasi Lemak ni Kak Mas dapat masa-masa remaja dulu dari Bonda Dayang Ramlah kini beliau menetap di Teluk Intan, Perak.

Wednesday, May 29, 2013

Resepi Puding Buah-buahan

Bahan-bahannya:

1 tin buah-buahan cocktail
40 gm agar-agar
2 biji kuning telur ayam
2 sudu besar mentega
2 gelas gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air

Cara-cara Membuatnya

1.   Masak agar-agar dengan secawan air.
2.   Setelah mendidih, angkat dan tapis agar-agar tersebut.
3.   Pukul telur hingga kembang.
4.   Kemudian masukkan susu dan esen vanila. Kacau hingga larut sebati  kedalam periuk agar-agar yang ditapis tadi.
5.   Masak hingga mendidih.
6.   Masukkan mentega dan buah-buahan dan kacau sehingga rata.
7.   Angkat dari dapur, biarkan sejuk sedikit dan tuang kedalam acuan dan bekukan.
8    Hidang setelah beku.

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0