Friday, September 19, 2014

BENGKANG

P    Setiap tahun bila menjelang bulan puasa, keluarga Kak Mas biasalah menempah kuih Bengkang ini untuk diagihkan kepada saudara-mara dan sahabat handai,

Bengkang diperbuat daripada tepung beras dan dihidang bersama kuah lemak atau manis. Terdapat pelbagai jenis bengkang di Terengganu ,walaugaimanapun hanya dua yang popular iaitu bengkang telur  dan bengkang putih (tanpa telur).Hidangan ini biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi atau petang.


Bahan-bahan

½ bungkus tepung beras
1biji telur
5 gelas air

Kaedah

1.   Bancuh tepung bersama air
2.   Pukul telur hingga larut, masukkan kedalam bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.
3.   Bakar dalam acuan tembaga sehingga masak. Gunakan api yang perlahan.

Bahan untuk kuah lemak

½ biji kelapa parut  (ambil santannya)
3 ekor ikan selayang
       ½ inci halia     (dimayang)
5 ulas bawang merah(dimayang)
sedikit halba
sedikit tepung beras (untuk pekat)

Kaedah


  1. Ikan dibersihkan dan direbus,ambil isinya dan dihancurkan.
  2. Campurkan isi ikan, halia ,  bawang  dan santan dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan haiba, garam , gula dan tepung beras supaya kuah menjadi pekat.
  4. Hidangkan  bersama kuih bengkang .








KHASIDAH

      Khasidah  merupakan  sejenis  kuih  tradisional  istimewa  sebagai  hantaran  dan  hidangan majlis      perkahwinan orang-orang melayu, berkhatan dan juga makanan bagi orang yang bersalin .   Kuih ini juga popular sebagai juadah berbuka puasa bagi umat Islam.   Khasidah diperbuat daripada tepung gandum, santan, telur dan gula.   Didapati dalam    pelbagai bentuk seperti bunga ros dan sebagainya. Kuih ini tidak lengkap tanpa dihiasi dengan   bawang goreng.
    Kak Mas selalu  membantu nenek untuk membuat kuih khasidah ini. Memanglah cerewet sikit untuk memasak dan memakan masa selama 1 hari untuk menyiapkannya. Kuih ini dikacau dalam kuali khas (kuali tembaga) yang ditempah. Sebelum diadun, tepung gandum itu hendaklah dijemur terlebih dahulu barulah digoreng sehingga kekuningan.

      Bahan-bahan

      600 g tepung gandum - hendaklah digoreng terlebih dahulu
      600 g gula    (boleh dikurangkan jika tidak suka manis
      1 biji kelapa parut    (ambil santan » 3 gelas)
      4 biji telur
      2 helai daun pandann
      10 biji bawang merah (hiris dan goreng dengan minyak sapi)

      Cara    

1.  Satukan tepung gandum, santan, telur dan gula dalam periuk.
                  2.  Tapis supaya tidak berketul.
                  3.  Kacau adunan di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
                  4.  Angkat dan tuang kedalam dulang berlapikan daun pisang.Biarkan hingga sejuk.
                  5.  Bentukkan ikut suka hati (biasanya bentuk bunga ros).
      6.  Hias diatasnya dengan bawang merah goreng .










ASAM GUPAL/SAGUMPAL

Asam gupal atau sagumpal bermaksud sagu segumpal. Ianya diperbuat daripada sagu  berintikan kacang hijau serta berkuah santan. Kuih ini dihidangkan pada tengahhari dan  petang. 

Bahan-Bahan

      Kacang hijau                     1/2  kg
Manisan                             1 bungkus (6 biji kecil)
Sagu                                  250 gm
Kelapa parut                      2 biji (di ambil santan)
Nangka Madu                    5 ulas (dimayang).
Halba                                 1 sudu teh
Halia                                  1/2 inci (dimayang).
Bawang merah                  (dimayang)

Caranya:-


1.  Kacang hijau direbus sampai empuk dan dimasukkan sedikit garam.
2.  Setelah empuk masukkan manisan dan dikacau hingga pekat yang boleh dibentuk sebagai inti.
3.  Sagu dijirus dengan air panas sehingga boleh dibentuk dan dimasukkan inti.
4.  Masukkan halba, halia, bawang merah, nangka dan garam ke dalam santan dan dijerang di atas dapur.  Kacau sehingga mendidih.
5.   Masukkan gumpalan sagu berinti ke dalam santan yang mendidih.
6.   Apabila gumpalan sagu berinti timbul bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan.





ENCIK ABAS DEMAM


Che Abas Demam @ Encik Abas Demam adalah sejenis kuih yang unik, diperbuat daripada sagu berkuah santan.

Menurut cerita, kuih ini dikenali sebagai Encik Abas Demam kononnya adalah gurauan kepada  seorang bernama Abas yang berasal dari Sarawak dan tinggal menetap di Kampung Maras, Terengganu dan bekerja sebagai penebang pokok sagu untuk makanan ternakan. Bertemu jodoh dengan orang tempatan.


Ketika kenduri makan laksa diadakan di kampung tersebut, Encik Abas telah jatuh demam, dan isteri Encik Abas telah menasihatnya untuk tidak memakan laksa dengan alasan dalam keadaan demam memakan laksa yang menggunakan acuan kebuk tembaga, boleh menyebabkan badan orang yang demam akan bertambah sakit.

Saturday, September 13, 2014

NASI KABULI


Bahannya:-

5 cawan besar
½ cawan beras pulut
5 ½ cawan air
½ cawan minyak sapi / minyak masak

2 biji bawang putih
6 biji bawang merah                       
4 cm halia
(bawang putih, bawang merah, halia – dimayang)

4 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil lada hitam
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang

½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil ketumbar                   
( dibungkus dgn kain jarang)

2 helai daun pandan
Garam dan bahan perisa

Caranya :-

1.   Beras dan beras pulut digaul sekali dan dicuci dengan bersih.
2.   Panaskan periuk dan masukkan minyak dan masukkan bahan yang dimayang. Bila sudah naik bau masukkan kulit kayu manis, bahan dibungkus, lada hitam, bunga lawang dan campurkan air.
3.   Masukkan daun pandan.
4.   Bila  mendidih masukkan beras.
5.   Masukkan garam dan perasa.
6.   Bila nasi kering kecilkan api.
7.   Bila periuk dah naik wap beberapa bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan gulai daging/ayam atau ikan.

NASI LEMAK


Bahan Nasi Lemak:
500 gram beras (basuh dan toskan)
3 ½ cawan santan
½ inci halia
1 sudu camca gula
Garam dan daun pandan

Cara-cara:-
1.    Masukkan santan, halia, garam dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
2.    Masukkan beras kedalam periuk yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan dan biarkan nasi sampai kering dan kecilkan api.
3.    Biarkan periuk tadi mengeluarkan wap beberapa kali – tandanya nasi masak.
Bahan untuk sambal:
125 gram ikan bilis (digoreng) / 1 kilo ikan tongkol(Aya) (dikukus dan digoreng)
125 gram bawang merah            
60 gram cili kering / cili api (10 biji)               
5 cm belacan                                                 digiling
2 camca besar minyak
1 camca teh  gula @ manisan (gula Melaka)
1 ½ camca air asam
Sedikit garam

Cara-caranya:-
1.    Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling sehingga naik pijar.
2.    Masukkan ikan bilis atau ikan, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.
3.    Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.
Hidangan tambahan:
Telur ayam atau telur puyuh yang direbus
Kangkung yang dicelur

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0