Tuesday, December 9, 2014

Ayam Masam Manis

Bahan-bahan:-

500 gram isi ayam (dipotong kecil dam dibersihkan)
3 siung bawang putih      )
3 biji bawang besar       ) dikisar
1 inci halia                    )
1/2 cawan air
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
2 biji tomato (dipotong)
3 biji cili merah           )
3 biji cili hijau             )    dipotong bulat
1 biji bawang besar     )
5 batang kacang buncis ) dipotong 
2 sudu makan minyak masak

Caranya:

1. panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras).
2. angkat ayam dan ketepikan. tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, kacang buncis, tomato, cili merah, cili hijau. Biarkan sebentar kemudian angkat  dan hidangkan.


Kek Marble Susu


Bahan:-

3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Cara buat.
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak
Selamat Mencuba

Monday, December 8, 2014

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Hmm.... siapa yang tidak teruja bila tengok puding ini. Puding koktel kastard di mana salah satu bahan yang digunakan ialah aiskrim vanilla. Nyaman benar masuk ke tekak sejurus keluar daripada peti sejuk. Nyum..nyum..
Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram) 
6 cawan air 
1 ¾ cawan gula 
4 sudu besar ais-krim vanilla 
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.


Sunday, December 7, 2014

Kerutuk Ayam



Bahan:-
1 ekor ayam (1 ½ kilo) – (dipotong 4)

3  biji bawang putih                                         )
8 biji bawang kecil                                           )   dikisar
2 biji bawang besar                                          )
1  inci halia                                                       )             
½ inci lengkuas                                                 )
5 sudu makan rempah gulai (cap bunga Ros)
2 sudu kecil rempah masak (cap bunga Ros)
Kerisik – (1 biji kelapa)
3 – 4 biji halba
½ inci manisan
2 batang serai – diketuk
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan santan pekat (dicampur dengan 1 cawan air)
Garam dan perisa secukup rasa

Bahan untuk hiasan

1 biji bawang besar – dibelah 4
2 biji cili merah – dibelah 4

Caranya

1.       Campurkan bahan kisar bersama rempah gulai dan rempah masak.
2.       Masukkan bahan yang telah dicampur tadi, air asam jawa, serai ke dalam periuk bersama santan dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
3.       Selepas itu masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk sehingga masak dan biarkan menjadi pekat.
4.       Masuk garam, manisan, halba dan perisa secukup rasa.
5.       Masukkan bawang besar dan cili yang dibelah untuk hiasan.
6.       Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.




Friday, December 5, 2014

SIAKAP STIM ASAM BOI

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana (guna garfu untuk membuang sisiknya, selepas disiang ikan dicuci dengan ramasan daun jambu batu dan dibalas dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau)
1 ulas bawang besar ( didadu )
2 siung bawang putih ( dketuk )
2 batang serai ( dketuk )
5 cili padi ( dhiris bulat ) 
1 limau kasturi (ambil jusnya)
1 tomato ( dibelah 6 )
5 biji asam boi (drendam dengan sedikit air panas)
11/2 sudu sos tiram
1 sudu kecil lada itam
1/2 kiub ayam knorr
5 helai daun limau purut
Sdikit halia (dimayang )
Sedikit brokoli
Sedikit MSG (abaikan jika  tidak perlu)
Cara-cara Membuatnya:-
1.   Ambil satu bekas, campurkan sos tiram, air rendaman asam boi, perahkan limau kasturi, lada hitam, kuib ayam knorr dan MSG...gaul... sebatikan rasa... kurang masin tambah sedikit lagi sos tiram....tuangkan di atas ikan yang telah dimasukan dalam loyang atau bekas yang sesuai untuk mengukus, perelus sos tadi ke dalam perut ikan dan kepala ikan.

2.   Serai dimasukan ke dalam perut ikan, taburkan bahan hirisan (sparuh dulu) seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili, daun limau purut dan tomato


3.   Panaskan pengukus....kukus selama 20 minit....buka penutup pengukus, masukkan brokoli dan lebihan bahan hirisan tadi.... kukus lagi selama 5 minit.

4.  Cuba uji rasa masin atau masam, untuk kecukupan, bolehlah tambah apa yang perlu. Siap untuk dihidang.

Ayam Masak Kicap


Bahan-bahannya:

½ kilo ayam (dipotong 12 keping)                             
(ayam ini diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit – digoreng separuh masak)
3 siung bawang putih                                        )
3 biji bawang besar                                           )
1 ½ inci halia                                                    )    dimayang
3 biji cili merah                                                )
2 batang serai – dititik
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perisa secukup rasa
Daun sup dan daun bawang – dipotong untuk hiasan

Cara-cara Membuatnya

1.       Panaskan kuali dan masukkan minyak. Selepas itu tumiskan bawang putih, halia, bawang besar dan masukkan air asam jawa kemudian cili.
2.       Selepas itu masukkan serai dan kicap dengan ½ cawan air. Bila mendidih masukkan ayam
3.       Masuk garam dan perisa secukup rasa.
4.       Sebelum angkat masukkan daun sup dan bawang.
5.       Hidangkan bersama nasi putih.




google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0