Saturday, February 1, 2025

KARI KAMBING MASALA DALAM BEKAS PLASTIK MICROWAVE

 

Kari Kambing Masala 300 gram

Belilah Kari Kambing Masala untuk makan sendiri, bersama keluarga atau dijadikan hadiah untuk anda yang ingin menginfaqkan makanan dalam apa jua majlis.

Hadiahkan sebekas buat ibu, bapa, jiran tetangga atau sahabat. Sesuai dijadikan hadiah ketika berkunjung ke rumah saudara mara.

Pastikan yang terbaik daripada yang terbaik kepada yang terbaik.

Wednesday, January 29, 2025

Keropok Keping Sedap Makan Dengan Eecome Fried Rice


Keropok keping sedap dimakan bersma dengan Eecome Fried Rice, satu-satunya nasi goreng yang disediakan di Warung KakMas.


 

Friday, December 6, 2024

R YUM GHATOSS - Good, Healthy And Taste Of Special Spices

AYAM RATAH - R YUM GHATOSS 



Ada yang tanya, apakah makna 'ghatoss'? ..... Makna 'ghatoss' atau ghatoss itu adalah singkatan bagi Good, Healthy And Taste Of Special Spices.... Tengok pada awalan atau permulaan huruf bagi perkataan dalam ayat itu.

KARI KAMBING MASALA - KAKMAS


Kari Kambing Masala yang sedap, kata pelanggan selepas merasainya. Rasanya sangat unik dengan kuah likat, padu. Untuk tidak mengecewakan pelanggan yang datang KakMas minta sangat-sangat supaya mesej awal kepada KakMas, whatsapp je .... supaya KakMas dapat sediakan lebih. Anda boleh datang secara terjah tetapi kalau dah habis... KakMas mohon maaf banyak-banyak.

Sunday, April 2, 2023

MERASAI KEENAKAN AYAM PERCIK SOS LEGEND

Sempena bulan Ramadan yang mulia, atas permintaan ramai daripada mereka yang pernah merasai ayam percik yang disediakan oleh Kak Mas. Kak Mas akan meluangkan masa untuk menyediakan ayam percik bagi memenuhi citarasa penggemar Ayam Percik. Ayam Percik yang Kak Mas buat ini Insya Allah mereka yang tinggal di sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang, akan dapat merasainya. Boleh pesan dan datang ambil atau perkhidmatan penghantaran akan dilakukan secara COD. Untuk maklumat lanjut boleh Whatsapp ke 0139208820. Lokasi kiosk Kak Mas di belakang Wisma Kokitab, Kuala Nerus. Untuk bulan Ramadan ini, pesanan tersedia utk diambil pada jam 3.30 petang. 

Monday, January 17, 2022

Nasi Putih Ayam Percik Bersalad


Nasi Putih Ayam Percik Bersalad


Hidangan "Shell Out" Menggunakan PES TOMYAM SPECIAL KakMas

Untuk Penyediaan Hidangan “Shell Out”

1.      Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan satu sudu butter, masukkan semua bahan tumis dan tumis hingga naik bau.

2.      Masukkan 4 sudu Pes Tomyam Special KakMas, masukkan 2 sudu rempah kari, 2 tangkai daun kari, masukkan air rebusan sayur dan makanan laut, masukkan gula perang, kiub pati ayam, sos cili.

3.      Apabila air mula mengurang, masukkan sebiji telur; kemudian masukkan (makanan laut yang telah direbus seperti ketam, udang, lala, sotong (segar atau sotong celup tepung yang siap masak) gaul sebati. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus. Gaul rata dan tambahkan lada sulah, perah limau nipis, garam secukup rasa.

4.      Tuangkan di atas hamparan, hiaskan dengan sayur yang telah dicelur; seperti brokoli, bunga kobis, potongan tongkol jagung manis, jagung muda, karot dan potongan hirisan lemon.

5.      Akhir sekali perah lemon sebelum dimakan bersama nasi panas.

 

BUKU RESIPI HAMEMAH

Sila layari; hamemah.blogspot.com

Resipi Masakan Paprik Menggunakan Pes Tomyam KakMas


Untuk Penyediaan Masakan Paprik:

1.   Perap (dada ayam/daging/fillet ikan/udang)  dengan Sos Tiram.

2.   Tumis wangi bawang merah, bawang putih, halia, serai and daun limau purut.

3.   Masukkan 2 sudu Pes Tomyam Special KakMas  dan tumis seketika.

4.   Masukkan (dada ayam/daging/fillet ikan/udang)  yang telah diperap dengan Sos Tiram.

5.   Seterusnya, masukkan bawang Holland, bunga kobis, jagung muda, lobak merah dan kacang panjang.  



6.   Masukkan campuran semua bahan; sos tiram, kicap dan air.

7.   Biar seketika dengan api perlahan dan kacau rata.


8.   Hidangkan panas. 

Cara Memasak Menggunakan Pes Tomyam Special KakMas

Cara Memasak Menggunakan Pes Tomyam Special KakMas


Untuk Penyediaan Tomyam:

 

1.      Panaskan 500ml (2 ½ cawan) air di dalam periuk. Masukkan 150g ayam, daging, isi ikan, udang, sotong yang telah dipotong menjadi ketulan kecil, 2 sudu Pes Tomyam Special KakMas, kacau rata, masak sehingga empuk.

2.      Tambahkan 8 kuntum (80g) bunga kobis, hirisan karet, jagung muda, rebus selama 5 minit.

3.      Kemudian, masukkan serai yang telah diketuk, potongan bawang besar, cendawan dan cili padi (jika suka pedas) biarkan sehingga masak.

4.      Sedia untuk dihidang bersama hiasan hirisan tomato, daun ketumbar dan lada besar.

Wednesday, December 29, 2021

PES TOMYAM HOMEMADE KAKMAS


Rahsia Untuk Merasai Keenakan Tomyam Yang Dibuat Sendiri
Cubalah Pes Tomyam Homemade KakMas

KLIK 


Wednesday, December 8, 2021

PES AYAM PERCIK SOS LEJEN KAKMAS

Kepada pengemar Ayam Percik Sos Lejen KakMas - tempahan untuk pes ayam percik boleh dibuat dengan menghantar Whatsapp kepada KakMas 0139208820.





Cara Memasak Ayam Percik Menggunakan Pes Ayam Percik Sos Lejen KakMas

1. Seekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan, dan ditos.
2. Ayam tersebut diperap dengan satu sudu serbuk kunyit, satu sudu pes dan sedikit garam.
3. Perap ayam sekitar 30 minit.
4. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 250oC selama 20 minit.
    (Dalam masa yang sama dalam periuk pula, sediakan sos percik hingga siap.)
5. Angkat dan rendam ayam dalam periuk sos, masak untuk tempoh 10 minit.
6. Toskan ayam dan panggang untuk kali kedua.

Untuk Menyediakan Sos Lejen KakMas

1. Masak 1/2 liter air hingga mendidih.
2. Masukkan 1/2 botol pes dan kacau hingga sebati.
3. Masak antara 15 hingga 20 minit, masukkan 1 liter santan. Masak hingga pekat dan pecah minyak.
4. Ambil ayam yang siap di panggang kali pertama, rendam di dalam sos untuk tempoh 10 minit.
5. Keluarkan ayam untuk pemanggangan kali 2 dalam tempoh 5 minit.
6. Masak api perlahan sehingga sos memekat mengikut kepekatan yang anda mahu. Jika anda suka cair masukkan air panas untuk mengurangkan kepekatannya.
7. Siap untuk dihidangkan.




Saturday, October 17, 2020

AIR BUAH – TEMBIKAI DAN LONGAN

AIR BUAH – TEMBIKAI DAN LONGAN

Bahan-bahannya;

1 tin buah longan

300 gram buah tembikai dibuang biji

100 gram gula pasir

3 cawan air

Sedikit pewarna merah

Beberapa biji limau nipis

Cara-cara Membuatnya

1.       Potong tembikai blender bersama 3 cawan air, kemudian direbus hingga mendidih.

2.       Masukkan gula dan larutkan.

3.       Masukkan 1 tin buah longan bersama air sirapnya. Bubuh pewarna merah. Kacau hingga serata selama 2 minit.

4.       Biarkan menyejuk kemudian simpan dalam peti sejuk.

5.       Untuk minum setelah sejuk, bubuh dalam gelas dan ceduk beberapa biji buah longan, tuang air buah dan perahkan sedikit limau nipis. 

Thursday, October 15, 2020

Minuman Kopi - AMERICANO

AMERICANO

BAHAN-BAHANNYA

  1. Satu atau hingga dua sudu makan serbuk kopi Qahva Premium halus.
  2. 250 ml air panas.
  3. Susu segar

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan serbuk kopi Qahva Premium ke dalam kole.
  2. Tuang 2/3 mug air panas ke dalam kole.
  3. Kacau hingga rata.
  4. Gunakan penapis dan sehelai letakkan kertas penapis untuk menghalang habuk kopi.
  5. Tuang kopi ke dalam penapis dan tunggu hingga kesemua air telah turun ke dalam mug anda.
  6. Tambahkan susu dan air panas hingga memenuhi mug.
  7. Hidangkan mug bersama piring dan sudu.
  8. Rasailah kenikmatan haruman Americano anda.
  9. (Untuk lebih sedap, terlebih dahulu tarik susu dalam kole yang lain sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dalam air kopi anda.)

 #carabuatserbukkopi


Kerjaya Barista Semakin Popular

 Kerjaya Barista Semakin Popular

Istilah barista akhir-akhir ini sedang banyak diperbincangkan terlebih lagi dikalangan penggemar kopi yang sering duduk di kedai kopi. Meningkatnya peminat kopi maka meningkatnya karya kopi seiring bertambahnya minat untuk menjadi seorang barista kopi. Kata barista sendiri datang dari bahasa Itali yang berarti pelayan bar dan merupakan posisi yang agak terhormat dan terlihat profesional.

Kerjaya barista sangat penting bagi sebuah kedai kopi, bar kopi, atau pun coffee shop kerana kopi barista merupakan kunci keberhasilan sesebuah kedai kopi. Barista merupakan pekerjaan yang berhubungan dengan penuh keterampilan, kreativiti, pengamatan seorang barista ketika melakukan pengukuran suhu dan tekanan dalam pembuatan espresso. Rumitnya proses pembuatan espresso secara manual inilah merupakan cabaran yang membuat banyak anak muda kini mulai menceburi kerjaya sebagai barista.


google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0