Monday, October 6, 2014

SINGGANG SERAI PERUT LEMBU

Sebelum hariraya Aidil Adha baru ni, di awal pagi  Kak Mas sekeluarga pergi ke Pasar  Tani, Hiliran untuk membeli daging,  perut lembu lapis,  ikan dan lain-lain barang untuk kegunaan membuat nasi minyak.  Maklumlah anak perempuan  (bongsu) Kak Mas pulak  sukakan perut lembu lapis untuk dijadikan singgang. 

Bila tiba dirumah suami Kak Mas terus ke dapur membersih perut lembu lapis untuk  dimasak.
                               

Bahan:-

½ kilo perut lembu
2 batang serai – dititik
2 siung bawang putih
4 biji bawang kecil (merah) - dimayang
5 keping asam gelugur (keping)
5 biji cili api - dipotong
Garam & perasa – secukup rasa


Cara:-

Perut itu dihiris nipis dan direbus bersekali dengan bahan-bahan tadi selama 1 jam dengan api yang sederhana.
1.      Selepas perut masak atau dah empuk masukkan cili api dan padam api.
2.       Singgang ini sedap dimakan bersama nasi atau dimakan saja dengan sambal belacan.


*** Selamat Mencuba - memang sedap dimakan **


Tuesday, September 23, 2014

Bubur Lambuk Terganu

Hari ini, Kak Mas nak bercerita sedikit memori masa zaman remaja... 

Kampung Kak Mas terletak 6 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Maklumlah Kak Mas ini anak pertama, kenalah membantu emak menguruskan hal-hal rumah tangga. Selain menjaga adik-adik, Kak Mas juga mencuci kain-baju. Bila nak mencuci pakaian,  Kak Mas, sepupu dan juga Cik Ngah (mak saudara)  akan pergi bersama-sama ke sungai, disamping mencuci Cik Ngah akan menangguk udang. Udang yang diperolehi itu akan dicampurkan ke dalam Bubur Lambuk bagi menambahkan rasa sedap dan lazat.

Kalau mak Kak Mas nak buat Bubur Lambuk, Cik Ngah lah yang paling  sibuk sebab tugasnya mencari udang,  pucuk paku, pucuk manis, daun kesum dan lain-lain. Bila masak akan dibahagi-bahagikan kepada semua orang.

Bahan-Bahan:

1 mug beras putih
3 cawan air
1 cawan santan 
4 ekor ikan selayang (dipanggang terlebih dahulu – ambil isi ikan)
pucuk paku (pucuk paku paya)
sedikit daun kesum
sedikit daun kunyit (hiris halus)
pucuk manis
2 sudu besar kerisik kelapa
garam (secukup rasa)
*pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya

Bahan Kisar/Tumbuk: 

4 ulas bawang merah
3 siung bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia

Bahan untuk dimayang:-

2 ulas bawang
¼ inci halia
  
Cara:

1.  Rebus beras sehingga menjadi bubur (pekat). 
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan kerisik serta garam, sedikit gula kemudian kacau rata       
3. Masukkan pucuk paku, daun kesum, daun kunyit dan pucuk manis.
4. Masukkan santan yang dicampur dengan bahan yang dimayang bersama dengan isi ikan, udang  dan biarkan mereneh sehingga sayur-sayuran empuk dan cukup kepekatan bubur.

  Cubalah resepi keluarga Kak Mas.

Monday, September 22, 2014

Tok Aji serban

Bila tiba hari jumaat (hari minggu) bagi orang Terengganu, ada sesetengah keluarga merancang untuk membuat pelbagai kuih-muih bagi dihidangkan di waktu petang. Semasa dalam kesibukan hari minggu, Ateh adik perempuan Kak Mas ni, sangat menyukai makan kuih Tok Aji Serban. Kalau boleh setiap minggu nak dimakannya. Sehingga sekarang dia selalu saja membuat kuih ini. Rupa-rupanya bukan dia seorang saja yang menggemari makanan, seluruh ahli keluarga menggemarinya. 

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
3 biji telur 1 s/t garam

Cara-cara membuat

Lapisan Bawah (pulut)
Kukuskan pulut sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.Lapisan serbannya
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.

Setelah sejuk, boleh lah dipotong kecil.


Saturday, September 20, 2014

Ayam Kukus Halia

Inilah kisah arwah Tok Saudara Kak Mas yang dipanggil Pak Lah Roti. Setiap hari, beliau sentiasa membawa becanya yang dipenuhi roti mengelilingi sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu. Pelanggannya terdiri dari pelbagai bangsa Melayu,  Cina dan juga India.  Ada juga pelancong datang ke Kuala Terengganu turut membeli roti yang dijajanya. Beliau menjaja dari pagi hingga ke petang. Walaupun begitu, dengan hasil titik peluhnya yang berkat itu beliau berjaya memiliki tanah dan rumah sendiri. Beliau juga berusaha saban hari untuk menjaga anak yatim. Memandangkan beliau tidak mempunyai anak sendiri.

Beliau juga memerlihara seorang anak saudara yang juga merupakan bapa saudara Kak Mas.  dibelanya dari kecil dan sekarang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Arwah Pak Lah semasa hayatnya tinggal bersamanya dan kini bapa saudara Kak Mas yang kini merupakan seorang mekanik dan tinggal di Kampung Kubang Kekura, Kuala Terengganu.

Pada jam 10 malam baru balik ke rumah. Isteri pak saudara Kak Mas telah menyediakan masakan ayam kukus untuk beliau. Ayam kukus ini adalah lauk yang paling digemari oleh Pak Lah dan dimakan bersama nasi putih. Sedaap.


Ayam Kukus Halia

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam sederhana besar
½ inci kunyit hidup
½ inci halia (untuk yang suka halia – bubuh banyak parut halus-halus)
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar (merah)
1 kecil lada sulah
Garam secukup rasa dan kacau suka serbuk perasa

Cara-caranya:

  1.   Ayam dibelah empat dan cuci bersih. Semua bahan yang lain digiling hingga lumat kecuali lengkuas dititik.
2.2. Semua bahan yang digiling dilumurkan pada ayam tadi dan diperap selama 10 minit. Dikukus sehingga masak.

Friday, September 19, 2014

NASI KAPIT KUAH NASI DAGANG (Burasak Terengganu)

Kalau nak makan segera, Kak Mas hanya singgah kat Warong Norazila hadapan Shell Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Bahan-bahan untuk Nasi Kapit:-
1 mug beras

Cara-caranya:-

1. Cuci beras dan toskan.
2. Masukkan beras bersama dan air dengan nisbah 1 mug beras :3 mug air; dengan api yang sederhana.
3. Bila mendidih kacau-kacau sehingga kering dan kecilkan api selama 10 minit.
4. Masukkan nasi tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Bila dah keras dan sejuk, bolehlah dipotong-potong dan dimakan bersama gulai ikan aya.

Kalau nak cepat beli nasi himpit segera dan rebus.... Siap....

Gulai Ikan Aya (Tongkol)



Bahan-Bahannya:-

1 ekor ikan aya /tongkol saiz sederhana - disiang dan dibersihkan

Bahan Untuk Mengukus

4 keping asam gelugur keping
1 sudu kecil cuka
Garam - secubit
Air

Bahan Untuk Dilumatkan:-

2 sudu ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
(Jika guna rempah nasi dagang - ketumbar, jintan manis dan jintan putih ini sudah tersedia dan tidak perlu lagi, hanya bancuh dengan sedikit air)

10 biji bawang merah
1 siung bawang putih
1 inci halia,
1 inci lengkuas,
1 inci kunyit
1 batang serai

Bahan Mengulai
3 sudu lada boh
1 biji kelapa - ambil santan 3 cawan
10 cili merah / cili padi
2 sudu manisan/gula melaka
Garam - secukupnya
2 sudu kerisik

Cara-Cara Membuatnya:


Seman Sakar (Gula)

Bahan-bahan

 1 kg gula
1 kg tepung gandum   -  digoreng kering
Sedikit pewarna    (merah atau hijau)
Sedikit cuka

Kaedah

1.      Masak gula sehingga hancur.
2.      Campur cuka dan teruskan masak sehingga pekat (» 1 jam)
3.      Tuang gula panas dalam bekas supaya sejuk dan keras.
4.      Tarik dalam tepung sehingga menjadi urat halus seperti urat sabut dengan menggunakan dua batang kayu.
5.      Bentuk membulat seperti rambut disanggul.
6.      Bungkus dalam plastik

Hasil :   60 biji seman.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0