Bahan:-
1 ekor ayam (1 ½ kilo) – (dipotong 4)
3 biji bawang putih )
8 biji bawang kecil ) dikisar
2 biji bawang besar )
1 inci halia )
½ inci lengkuas )
5 sudu makan rempah gulai (cap bunga Ros)
2 sudu kecil rempah masak (cap bunga Ros)
Kerisik – (1 biji kelapa)
3 – 4 biji halba
½ inci manisan
2 batang serai – diketuk
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan santan pekat (dicampur dengan 1 cawan air)
Garam dan perisa secukup rasa
Bahan untuk hiasan
1 biji bawang besar – dibelah 4
2 biji cili merah – dibelah 4
Caranya
1.
Campurkan bahan kisar bersama rempah gulai dan
rempah masak.
2.
Masukkan bahan yang telah dicampur tadi, air
asam jawa, serai ke dalam periuk bersama santan dengan api yang perlahan
sehingga mendidih.
3.
Selepas itu masukkan ayam yang telah dibersihkan
ke dalam periuk sehingga masak dan biarkan menjadi pekat.
4.
Masuk garam, manisan, halba dan perisa secukup
rasa.
5.
Masukkan bawang besar dan cili yang dibelah
untuk hiasan.
6.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.