Thursday, August 13, 2009

Teh O Daun Limau Purut - Paloh


Untuk Penyediaan Satu Teko - 4 orang minum

Bahan-bahannya:

2 uncang teh
2 helai daun limau purut
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 keping kecil kayu manis
Satu hirisan lemon
1 ketul gula batu
3 sudu gula pasir

Cara-cara Membuatnya:

Monday, July 13, 2009

Nasi Minyak Istimewa



Hari ini, akak cuti kerana adik akak mintak tolong buat nasi minyak untuk majlis sembahyang hajat kakak iparnya. Pagi tadi akak pergi bersama adik akak membeli barang keperluan untuk membuat nasi minyak beserta dengan lauknya. Sebelum pergi pasar, akak dan adik pergi window shopping kat kedai perabot Padang Midin, Kuala Terengganu kerana adik akak nak cari sofa baru untuk rumahnya. Tak beli lagi..saja tengok-tengok dulu. Lepas tu, kami berdua terus pergi ke Pasar Borong, Gong Pauh, Kuala Terengganu. Penjual daging kat situ baik-baik dan suka membantu. Apabila selesai kami terus ke rumah adik akak di Perumahan Kos Rendah Bukit Payong, Kuala Terengganu. Kami akan buat nasi minyak ikut resipi Bonda Kak Maheran (Bonda Che Maheran Bt Mohammad Rais), Daging Masak Kurma, Ayam Masak Tomato dan Acar Nenas Berlada.

Bahan-bahan untuk nasi minyak dan lauk.

NASI MINYAK KAK MAHERAN (Bonda)
(Enam puluh orang makan – mewah)

7 kilogram beras
7.5 liter air
1 tin susu ideal
2 cawan minyak masak
2 cawan marjerin
1 ½ cawan minyak sapi
3 biji bawang putih }
32 biji bawang kecil } dimayang
3 inci halia - dikisar
30 kuntum cengkih
4 batang kulit kayu manis
20 kuntum bunga lawang
20 kuntum bunga pekat
1 ½ botol sos tomato del monte
Garam dan perisa – secukup rasa
Pewarna kuning telur
Kismis, biji gajus, dan kacang pis untuk hiasan.
Bawang goreng untuk ditabur.
Daun pandan – 3 -4 helai

Caranya :

Panaskan periuk – bila periuk panas masukkan minyak masak, marjerin dan minyak sapi. Bila minyak dah pijar masukkan daun pandan. Lepas itu, masukkan bawang putih, bawang merah biarkan naik bau. Bila bawang dah naik baunya masukkan halia, lepas itu, masukkan tomato dan 1 tin susu ideal dan garam dan perisa kemudiaan masukkan air biarkan sehingga mendidih. Bila air mendidih, masukkan beras yang telah ditoskan. Apabila nasi itu hampir kering, titiskan pewarna dan juga kismis, biji gajus dan kacang pis. Kemudian, tutup periuk. Selepas itu, kecilkan api.

Lebihkurang 20 minit, wap telah keluar melalui tudung periuk, kemudian kacau perlahan-lahan sehingga rata. Kemudian tudung periuk kembali. Biarlah selama 10 minit, kemudian angkat. Hidangkan dalam bekas nasi dan taburkan bawang goreng. Mmmm…enaknya.

DAGING LEMBU MUDA MASAK KURMA

Lauknya :

6 kilo daging lembu muda
1 ½ inci halia }
10 biji bawang besar } dikisar
3 biji bawang putih }
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar Air asam jawa
1 ½ botol sos tomato del monte
1 ½ tin susu Ideal
¾ kilo bawang goreng
2 sudu besar rempah masak cap bunga
Rempah kurma – untuk 6 kilo daging
1 ½ cawan minyak masak
2 cawan marjerin
2 cawan minyak sapi
20 kuntum cengkih
4 batang kulit kayu manis
12 kuntum bunga lawang
12 kuntum bunga pekat
2 biji bawang putih }
10 biji bawang kecil } dimayang
½ inci halia }
Daun pandan – 2 -3 helai
Kismis – RM3.00
Garam, perasa dan manisan
Ubi kentang – 2 kilo

- Daging hendaklah diperapkan bersama-sama bahan yang dikisar, cili boh, air asam jawa, rempah, sos tomato beserta dengan bawang goreng- gaul-gaulkan. Biarkan selama 10 – 15 minit.

Caranya :-

Panaskan periuk, masukkan minyak sapi, marjerin dan juga minyak. Bila pijar masukkan bahan yang dimayang, bila hampir kuning masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan bunga pekat. Masukkan daun pandan. Bila naik bau, masukkan daging yang telah diperap tadi. Selepas itu masukkan susu, garam, manisan beserta dengan perasa dan tudung periuk. Bila mendidih, kacau-kacaukannya lepas itu masukkan ubi kentang. Selepas 30 minit, masukkan kismis beserta dengan 1 ½ liter air. Biarkan selama 10 minit, bila mendidih beberapa kali, bolehlah diangkat dari dapur.

Jangan biarkan tukang masak kat dapur sorang-sorang nanti habis dia makan, sedap….

KEPADA YANG TERINGIN UNTUK MEMASAK DAN MERASAI SENDIRI KEENAKAN NASI MINYAK ISTIMEWA INI BOLEH DAPATKAN 

'BROOTH' NASI MINYAK ISTIMEWA KAKMAS

SILA WHATSAPP KE KAKMAS 013-9208820



Sunday, July 5, 2009

Ketam Berlada Che Su

Hari permulaan kerja, aku begitu malas untuk bangun dari tidur, maklumlah dua hari tidak bekerja aku rasakan tidak cukup hari untuk aku menguruskan rumahtangga.

Tetapi bila sampai saja ke pejabat, perasaan pagi tadi sudah tidak ada lagi yang ada hanyalah surat-surat yang perlu aku siapkan hinggalah ke petang. Bila dah habis waktu bekerja, aku cepat-cepat menelefon suami ku agar dapat pulang dengan cepat. Waktu petang begini teringat kepada anak-anak, bimbang juga seharian kat sekolah tu… dalam perjalanan pulang aku menelefon anak akak supaya dia mengeluarkan stok lauk dari dalam peti.

Sampai je di rumah, akak solat asar sekejap. Lepas solat terus masuk dapur untuk menyiapkan lauk untuk makan malam. Kebetulan lauk hari ini adalah ketam yang dibeli oleh suami ku di Pasar Chabang Tiga. Hari akak masak lauk ketam berlada.

Bahan-bahannya:-

1 ½ kilo ketam - saiznya sederhana besar
5 biji bawang besar )
3 biji bawang putih ) dikisar
½ inci halia )
4 biji cili padi )
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar soso tomato
3 sudu besar air asam jawa
Garam dan perasa – mengikut selesa

6 sudu besar minyak masak

Caranya :-

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak sudah pijar masukkan bahan yang dikisar bersama dengan cili boh biarkan sehingga naik bau kemudian masukkan air asam jawa selepas itu masuk sos cili dan juga sos tomato sehingga bahan tadi mengeluarkan aromanya, masukkan ketam dan sedikit air bersama-sama dengan garam dan perasa, gaul-gaulkan. Lepas itu tutup kuali untuk 10 minit agar ketam tadi masak. Bila masak boleh dihidangkan.

Cuba-cubalah……masakan akak ni. Untuk pengetahuan semua, suami akak kalau dah makan masakan ketam ni, dah tak terkata, kalau ada tamu pun tak bergeraklah dia.. selagi dia tak habis makan.. oklah cubalah ..cubalah jangan tak cuba…



Tuesday, June 30, 2009

Daging Masak Merah Sos Cili



Pagi tadi, aku dan suami bersarapan di warong Kg. Ladang, Jalan Sultan Sulaiman. Aku suka melihat situasi warong itu penuh dengan kuih-muih dan berbagai aneka jenis nasi. Suami ku memilih untuk makan nasi lemak dan telur separuh masak dan secawan air teh. Manakala aku makan nasi himpit dan juga secawan air teh.

Selepas sarapan, aku terus menghadiri kursus. Hari ini adalah hari terakhir aku berkursus dan berpisah dengan kawan-kawan aku yang sama hadir kursus. Pada sebelah petang aku mendapat sekeping sijil.

Petang tadi, bila sampai di rumah aku fikir sejenak, apa yang harus aku masak lauk untuk makan malam. Aku tanya suami ku apakah lauk yang hendak dimasak hari ini. Suami ku suruh masak daging merah sos bercili.

Bahan-Bahannya :

¼ kilo daging – dihiris nipis

Bahan yang dilumatkan
3 siung bawang putih
3 biji bawang besar
½ inci halia

3 sudu besar cili boh
3 sudu besar Sos Cili Maggi
2 sudu besar air asam jawa
Garam - Secukup rasa.
Serbuk perasa

1 biji bawang besar – dihiris untuk hiasan

½ cawan minyak

Cara-Cara Membuatnya:-

Masukkan daging dan bahan yang dilumatkan bersama dengan cili boh, sos cili dan air asam jawa dan dicampurkan 5 gelas air. Biarkan daging itu separuh masak dan masukkan minyak kemudian masukkan bawang besar yang dihiris untuk dihias. Bila masak terus dihidangkan.

You all don’t be jealous, kami sekeluarga menikmati masakan ini bersama-sama dengan telur masin. Bestlah …pedas …

Saturday, May 30, 2009

RESEPI KERABU PUCUK UBI

Bahan-bahannya;

1 ikat pucuk ubi
1/2 biji kelapa parut (minta yang putih)
3 ekor ikan selayang - dikukus dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang besar - dimayang
3 biji cili padi - dimayang
2 camca besar - lada boh diaduk bersama sedikit belacan.
1 biji limau nipis
1 camca cuka
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1.   Daun ubi dicelur dan dipotong kecil-kecil / seinci seinci dan diletakkan dalam mangkuk salad.
2.   Kelapa disangar di dalam kuali bersama  isi ikan selayang, bawang merah  dan sedikit garam.
3.   Masukkan sambal kelapa kedalam mangkuk salad bersama bawang besar, cili padi, lada boh.
4.   Gaulkan hingga rata. Tambah cuka. Gaulkan sekali. Rasa, jika perlu tambah garam.
5.   Hidangkan dengan memerah limau nipis.                       

Thursday, April 30, 2009

NASI GORENG TEMPE


 Bahan-bahannya:-

3 sudu minyak masak
2 cawan nasi putih
½ cawan ikan bilis – ditumbuk
6 biji cili api - ditumbuk
1 sudu kecil garam halus
4 biji bawang merah – ditumbuk
2 siong bawang putih - ditumbuk
1 biji ubi kentang dipotong dadu dan digoreng
2 keping tempe dipotong dadu dan digoreng
3 batang kacang panjang – dikerat-kerat
3 tangkai kangkung - dikerat-kerat
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu bawang goreng – untuk ditabur

Cara-cara Membuatnya:-

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0