Friday, May 28, 2010

Kerabu Perut Che Ngah

Petang semalam, Kak Mas pergi ke rumah bonda yang tinggal di Kampung Paloh Sungai Kiat, Kuala Terengganu. Rumah bonda Kak Mas berdekatan dengan tempat urut 3 beradik yang popular di Terengganu, segenap pelusuk rantau orang datang berurut di situ termasuk dari luar negara juga.

Semasa sedang bersembang dengan bonda Kak Mas, emak saudara Kak Mas; Che Ngah datang dan menghulurkan semangkuk dan satu bekas plastik yang dah siap di isi kerabu perut. Katanya ini untuk Ma dan yang dalam bekas untuk Kak Mas buat lauk.

Dalam keluarga Kak Mas, Che Ngah satu-satunya emak saudara Kak Mas yang mahir memasak masakan otentik. Juara dalam keluarga. Kak Mas tanya, Che Ngah dapat mana perut dan minta cara nak buat kerabu perut. Che Ngah kata kebetulan singgah rumah anaknya Maziah dan menantunya yang berikan perut kerana tahu dia suka makan kerabu perut. Katanya kalau Kak Mas nak makan tak payah susah-susah nak buat. Bawa je perut, nanti dia akan buatkan. 

Ini dia resepi yang Che Ngah beri pada Kak Mas.

Bahan-bahannya:

1 kilo perut lembu direbus
4 belahan muka kelapa diparut (2 biji) - 1 disangar, 1 dibuat kerisik, 2 diambil santan. 
3 batang serai yang segar
2 inci halia
12 ulas bawang merah
15 biji cili merah
2 cm belacan
2 biji limau nipis dan garam secukup rasa.

Cara-cara Membuatnya

1.   4 belahan muka kelapa diparut (2 biji) - 1 disangar, 1 dibuat kerisik, 2 diambil santan untuk hasilkan 3 - 4 cawan santan.
2.   Masukkan bahan yang digiling ke dalam santan.
3.   Masukkan perut dan gaulkan rata-rata, tambah garam dan gaulkan lagi.
4.   Akhir sekali perah limau nipis ambil airnya gaulkan sekali.

Che Ngah kata buat lauk, kami pulak suka ratah .... tak makan nasi tak apa. Jom ratah sekali. Sekali-sekala tak apa tapi janganlah amal selalu.

Monday, May 10, 2010

Nasi Goreng Kampung - Kangkung

Bahan-bahannya:-

1 mangkuk nasi putih
1 sudu sambal belacan
200 gram daging ayam
1 siong bawang putih
3 biji bawang besar
1 sudu sos ikan
1 biji telur
2 tangkai kangkung - dibuat akar dan disiang
50 gram ikan bilis - digoreng rangup
2 sudu minyak masak
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, April 28, 2010

Menyedapkan Rasa Ikan Air Tawar

Untuk menyedapkan rasa ikan air tawar, gunakan buah lemon untuk memerap terlebih dahulu. Basuh ikan yang telah disiang dengan garam. Selepas itu, perah jus lemon terus ke atas ikan yang telah dibersihkan itu. Perap sekurang-kurangnya 5 minit. Selepas itu, cuci sekali dengan air bersih. Barulah ikan tersebut diguna untuk memasak. Sedap.

Monday, April 12, 2010

PECAL KANGKUNG TOK SOHOR

Sayur-sayurannya:

1 ikat kangkung segar
1 ikat kacang panjang
150 gram kobis
150 gram taugeh
(Kangkung, kacang panjang, kobis dan taugeh dicelur dan ditoskan)
3 keping tauhu kuning
2 keping tempe
(Tauhu dan tempe digoreng garing)

Bahan-bahan Untuk Kuah Kacang:

Friday, January 29, 2010

Udang Masak Lemak Cili Api



Kak Mas teringin nak makan udang segar, pagi ni masa kat market... terlihatlah udang harimau segar... apa lagi beli aje....Bila sampai rumah ... ambil lengkuas yang ditanam kat tepi pagar...


Bahan:-
½ kilo udang (sederhana) )
1 ulas bawang putih )
8 biji bawang merah )
½ inci halia )>dikisar = nak sedap gunakan lesung
5 inci kunyit basah )
10 biji cili api )
2 inci lengkuas )
2 batang serai
2 keping asam keping
Santan pekat (1 biji kelapa)
Garam dan perisa

Cara:

Masukkan udang bersama dengan bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam periuk bersama santan, panaskan dengan api perlahan. Lepas itu masukkan serai, asam keping dan juga garam dan perisa mengikut selera.

Hari ini, Jumaat, tempat kami adalah hari minggu dan kami sekeluarga menikmati masakan udang cili api. Sungguh enak dimakan sehingga tak sedar habis nasi satu periuk sebab masak sikit jerr... kena jaga makan tu…. Ummp.. lazat sekali…cubalah……

Dari kak mas sekeluarga….selamat mencuba…

Monday, November 9, 2009

KEROPOK LEKOR



Bila musim cuti sekolah, ramai pelancong yang datang ke Kuala Terengganu untuk melihat keindahan Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk ke sana, laluan jalannya ke Muzium Negeri. 

Selesai melawat Muzium yang terbesar di Asia Tenggara tu bolehlah pergi melawat TTI. Sungguh indah. Sesiapa yang datang ke Terengganu kalau tak berkunjung ke TTI ni memang sepertinya tidak sampai ke Terengganu. Dan jangan lupa singgah ke Losong Haji Su untuk beli Keropok Losong.



Keropok adalah sejenis makanan berasaskan ikan yang paling popular di negeri Terengganu. Ianya diperbuat daripada isi ikan,sagu,tepung ubi dan garam, diadun dan dibentuk memanjang sebelum dimasak. Nama keropok lekor ini berasal dari bentuknya yang panjang lebih kurang ½ meter dan boleh (dilekor) dilingkar menjadi satu lingkaran. Manakala nama keropok losong adalah dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Kampung Losong.

Walaubagaimanapun keropok lekor tradisional ini telah dipertingkatkan dan diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan trend pasaran masa kini. Keropok lekor sekarang lebih pendek saperti sosej yang mana lebih senang dimakan dan mesra pengguna. Keropok lekor juga boleh disimpan sejukbeku. Pengguna hanya perlu memanaskannya sebelum dimakan.

Bila dah balik dan kalau nak buat keropok, resipinya sebegini.....

Bahan:

Isi ikan selayang/ikan tamban 1.5 kg
Tepung sagu 1 kg (atau tepung ubi atau campuran antara keduanya)
Garam halus 50 g
Gula 25 g
Air (berais) 500 - 625g
MSG (jika suka)

Kaedah:

1. Ikan disiang, perut dibuang dan dibersihkan. Ambil isinya.
2. Kisar isi ikan dengan alat pengisar.
3. Campurkan garam,gula, MSG.
4. Masukkan tepung sagu dan air berais, dan gaul sehingga sebati.
5. Bentuk adunan menjadi batang seperti sosej.
6. Rebus di dalam air yang mendidih sehingga masak atau kukus atau terus goreng.
7. Hidang keropok lekor bersama sos cili/sos pencicah.

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0