Tuesday, May 10, 2011

PETUA UNTUK TAJAMKAN MATA GUNTING

TAJAMKAN MATA GUNTING 

1.     Daun buluh 10 helai – Digunting-guntingkan daun buluh dengannya.

2.     Daun mempelas 10 helai – Digunting-guntingkan daun mempelas dengannya.

3.     Ambilkan botol kaca dan guntingkan kepala botol tersebut (walaupun tidak putus).

4.     Kertas pasir halus dan gunting-guntingkan kertas pasir itu.

5.     Aluminium foil dilipat dua dan digunting-guntingkan aluminium foil itu.

Thursday, April 28, 2011

DAGING MASAK RAYA


Bahan-bahannya:-

1 kg daging bahagian batang pinang
½ kg ubi kentang
3 keping asam gelugor
1 tin susu Ideal
½ cawan marjerin
2 tangkai daun ketumbar – dipotong
Garam secukup rasa.

Bahan Untuk Dilumatkan:-

Tuesday, April 12, 2011

HATI AYAM MASAK TOYU

Bahan-bahannya:-

300 gram hati ayam segar
½ inci halia
5 biji bawang merah
2 siong bawang putih
2 sudu besar planta margerin
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 tin kecil kacang peas (buang air - toskan)
1 biji bawang besar dihiris membulat
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Tuesday, April 5, 2011

KUIH KACAU KELEDEK



Bahan-bahannya:-

600 gram keledek direbus dan dilecek
1 ½ cawan santan
1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk gula
5 biji telur
1 cawan air daun pandan – sehelai daun pandan dibersihkan dan dilumatkan bersama secawan air kemudian ditapiskan dengan penapis kain untuk dapatkan secawan
Sedikit garam

Cara-cara Membuatnya:-

Sunday, April 3, 2011

Hidangan Makan Tengahari Hari Ini



IKAN SELAYANG SINGGANG

Bahan-bahannya:-

1 kilogram ekor ikan selayang segar
1 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
3 siong bawang putih
2 keping asam gelugur
3 biji lada merah
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya:-

1.      Ikan selayang disiang dan dibersihkan.
2.      Mayang kunyit, lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Lada merah dibelah separuh tidak putus.
3.      Masukkan separuh air dalam periuk, rebus semua bahan yang telah dimayang, asam keping dan sedikit garam.
4.      Setelah mendidih masukkan ikan selayang ke dalam periuk dan tambah lagi air hingga semua ikan ditenggelami. Masak hingga mendidih.
5.      Selepas itu uji rasa, tambah garam dan serbuk perasa. Siap dan boleh dihidangkan.

Friday, April 1, 2011

Peria Goreng Bertelur



Peria Goreng Bertelur


Bahan-bahannya :-

1 biji peria – (300 gram)
3 biji bawang putih }
1 biji bawang besar } - dimayang
1 biji cili merah }
1 sudu kecil cili boh
2 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar minyak
1 biji telur – (kecil)
Perasa – mengikut selera

Cara :-

1. Panaskan kuali, masukkan minyak sehingga pijar. Masukkan bawang putih biar naik kuning, bawang besar dan cili boh. Kemudian asam jawa dan cili merah.
2. Masukkan perasa dan telur, kemudian kacau telur dan masukkan peria. Selepas 10 minit angkat dan hidangkan.


google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0