Saturday, September 13, 2014

NASI LEMAK


Bahan Nasi Lemak:
500 gram beras (basuh dan toskan)
3 ½ cawan santan
½ inci halia
1 sudu camca gula
Garam dan daun pandan

Cara-cara:-
1.    Masukkan santan, halia, garam dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
2.    Masukkan beras kedalam periuk yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan dan biarkan nasi sampai kering dan kecilkan api.
3.    Biarkan periuk tadi mengeluarkan wap beberapa kali – tandanya nasi masak.
Bahan untuk sambal:
125 gram ikan bilis (digoreng) / 1 kilo ikan tongkol(Aya) (dikukus dan digoreng)
125 gram bawang merah            
60 gram cili kering / cili api (10 biji)               
5 cm belacan                                                 digiling
2 camca besar minyak
1 camca teh  gula @ manisan (gula Melaka)
1 ½ camca air asam
Sedikit garam

Cara-caranya:-
1.    Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling sehingga naik pijar.
2.    Masukkan ikan bilis atau ikan, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.
3.    Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.
Hidangan tambahan:
Telur ayam atau telur puyuh yang direbus
Kangkung yang dicelur

Puding Karamel

Bahan-bahan:- 

10 biji telur - dipukul
 1 tin susu cair
 1 tin susu pekat
 3/4 cawan gula
 1 tin air
 1 sudu kecil esen vanilla
 1 cawan Gula - digoreng sehingga perang dengan api yg perlahan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air

PUDING COCKTAIL

Bahannya:-

1 tin buah-buah (fruit cocktail)
37 gram agar-agar
2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
2 sudu besar mentega
2 gelas gula
1 tin susu cair
Sedikit esen vanilla
1 cawan air

Caranya:-

1.      1.  Agar-agar dimasak dengan air. Setelah mendidih angkat dan tapis. Kemudian masukkan susu, gila kuning telur yang sudah dipukul terlebih dahulu di dalam bekas yang berasingan dan esen vanilla. Biarkan sehingga masukka mendidih.
2.      2.  Akhir sekali barulah masukkan mentega dan buah-buahan. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
4.     3.  Setelah itu tuangkan di dalam acuan dan bekukan. Apabila sudah beku boleh dihidangkan.

Tuesday, June 3, 2014

Kek Buah Kukus



TIP UNTUK KEK BUAH @ MIX FRUIT

Pertama :Sebenarnya mix fruit tu diayak dengan sedikit tepung (2-3 sudu besar - jgn ambil tepung yg 600g tu, ambil yg lain). Ini untuk elakkan dari mix fruit tu berat dan mendak ke bawah adunan bila dikukus. Ada orang suka jemur, terpulanglah. Mix fruit tu kalau ada yg besar, potonglah kecil sedikit supaya nampak cantik sikit. Kalau ada masa lapang, cubalah.

Kedua :Aluminium foil tu ditutup pada permukaan mulut tin. Jangan tuang adunan terlalu penuh, cukup sekadar setengan tin kerana kek akan naik dan bahagian atasnya akan melekat pada aluminium foil nanti. Ada orang suka menggunakan plastik, terpulanglah mana yg elok.

Ketiga :Saya tak pasti masanya untuk memukul telur dan gula, selalu saya pukul sehingga adunan tu berbuih dan naik 2 x ganda dari asalnya. Mentega tak payah dikembangkan.

Keempat :Kalau nak warnanya gelap sikit, waktu masak gula hangus tu, biarkan sedikit coklat tapi jangan gelap sangat nanti rasa hangit pulak. Kemudian barulah dituang sedikit air. Kena hati2 jangan terpercik tangan sudahlah.

Kelima :Gula hangus tu memang cepat mengeras, jadi kena handle betul-betul. Ada orang kata kena buat 2 orang satu tuang, satu gaul cepat2. Tapi mana nak cari orang, anak semua kecil2, kenalah buat sorang-sorang.Bila saya masak gula hangus tu, nampak gulanya dah bertukar coklat, letakkan 2 sudu besar air biasa, kacau rata cepat2, terus masuk dalam adunan sebelah tangan, sebelah tangan lagi siap pegang senduk dan gaul cepat-cepat. Penatlah sikit. Make sure kalau anda sedang dalam keadaan berdiri, dekatkan besin tu dekat dgn badan anda, supaya dapat menahan besin tu bila kita tengah kacau cepat2. Don’t worry sangat kalau ada yg tak sempat tergaul rata. Nanti dia akan cair waktu dikukus.

Keenam : (Jawapan utk soalan ngapa buah jatuh ke bawah.)Setahu saya 1) buah2an tu digaul dgn tepung atau dijemur supaya ianya tak basah, ini sebabnya ia berat dan mendak ke bawah. 2) Air kukusan mesti mendidih waktu nak masuk kek, 3) acuan jangan terhentak, ya. Kalau air kukusan tak cukup panas, buah2an akan mendak ke bawah. ‘Steam’ dari air panas tu menolak naik buah-buahan, ia takda can nak duduk di bawah. Lagi satu perkara, 4) selalu masuk buah2an 2nd last kemudian gula hangus dan cepat2 gaul dan masuk dalam acuan, tutup aluminium foil, dan kukus. 5) Tambah air panas mendidih setiap 1 atau 2 jam.




KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH

Bahan-bahannya:
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur A
400 gram mentega Golden Churn/ SCS
500 gram buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Sunday, June 1, 2014

KARIPAP

Bahan Untuk Inti


300 gram daging ayam dipotong dadu
2 biji kentang di potong dadu
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
2 camca besar rempah kari + 1 camca besar air
air besih
daun kari
secubit garam

Membuat Inti


  1. Mayang bawang, goreng dan masukkan dau kari, rempah kari yang telah dicampur air, ayam dan kentang kacau sehingga rata.
  2. Masukkan sedikit air, biarkan sehingga kentang empuk, angkat dan sejukkan sebelum dibungkus dengan kulitnya.

Saturday, May 31, 2014

Hidangan Pengantin Anis dan Nizam




Pada 31  Mei 2014 - Perkahwinan antara Anis dan Nizam. Anis adalah anak kawan baik kak Mas yang dikenali A dan Zamri.







                                    Kali ini kak Mas mengambil peluang untuk membuat hidangan pengantin ini dengan masakan Udang Butter, Ikan Kerapu Masam Manis, Ayam Percik dan tidak ketinggalan juga Gubahan Buah-buahan dan Puding Buah-buahan. Kak Mas dan sungguh gembira dan berpuashati dengan gubahan yang dihasilkan bersama anak perempuan bongsu kak Mas. 


Saturday, May 10, 2014

JUS EPAL LEMON SEGAR

Bahan-bahannya:-

2 biji buah epal hijau
1 biji lemon
Gula secukup rasa
Air
Air batu

Cara-cara Membuatnya:-

Friday, May 9, 2014

RENDANG AYAM CHE WER PALOH

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam - dipotong anak ramai
5 siong bawang putih 
15 ulas bawang merah
4 batang serai 
1 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
200 gram lada kering - direndam air panas dan ditoskan
100 gram ketumbar
1 kilo santan segar
100 gram kerisik 
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
2 helai daun kunyit - dimayang 
3 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak masak
1/4 kerek gula melaka
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, May 7, 2014

Sayur Jambu Golok Sotong

Bahan-bahannya:

2 ekor sotong yang sederhana
7 biji jambu golok
1 biji bawang besar              - dipotong 4
1 biji bawang kecil               - dipotong 4
1 biji  lada besar                  - dibelah
1 cawan santan segar
Perisa - mengikut selera masing-masing

Caranya:

1. Jambu golok dibelah dan direbus dengan air dan dimasukkan sedikit garam sehingga masak.
2. Selepas itu toskan dan  ramaskan perlahan-lahan Jambu Golok bagi mengeluarkan air yang menyerapkan didalamnya.
3. Sotong (dipotong) terlebih dahulu, kemudian dimasukkan santan, bawang besar, bawang kecil dan lada besar ke dalam periuk.
4. Bila masak hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng.

 

PUDING KARAMEL


Bahan-bahan:-

10 biji telur                             - dipukul hingga kembang
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
1 tin air
1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan Gula                         - digoreng sehingga perang dengan api yg perlahan


Caranya:-

1.      Telur yang dipukul tadi dicampurkan dengan susu, gula, air dan esen vanilla sehingga larut.
2.      Selepas itu masukkan ke dalam gula perang dan dikukus lebih kurang ½ jam.
3.      Bila masak sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais dan dihidang.


PENGAT PISANG DAN KELEDEK


Bahannya:-

600 gram keledek (dipotong dadu)
4 biji pisang raja (dipotong tiga)
1 biji kelapa parut (ambil santan)
150 gram gula pasir / manisan
1 biji telur
2 helai daun pandan
Secubit garam

Caranya:-

1.      Masukkan santan bersama daun pandan dan garam ke dalam periuk.
2.      Masukkan gula dan keledek dengan separuh masak, kemudian masukkan pisang.
3.      Selepas beberapa kali mendidih masukkan telur yang telah dipukul.
4.      Angkat dan hidangkan makan diwaktu petang.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0