Monday, January 17, 2022

Hidangan "Shell Out" Menggunakan PES TOMYAM SPECIAL KakMas

Untuk Penyediaan Hidangan “Shell Out”

1.      Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan satu sudu butter, masukkan semua bahan tumis dan tumis hingga naik bau.

2.      Masukkan 4 sudu Pes Tomyam Special KakMas, masukkan 2 sudu rempah kari, 2 tangkai daun kari, masukkan air rebusan sayur dan makanan laut, masukkan gula perang, kiub pati ayam, sos cili.

3.      Apabila air mula mengurang, masukkan sebiji telur; kemudian masukkan (makanan laut yang telah direbus seperti ketam, udang, lala, sotong (segar atau sotong celup tepung yang siap masak) gaul sebati. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus. Gaul rata dan tambahkan lada sulah, perah limau nipis, garam secukup rasa.

4.      Tuangkan di atas hamparan, hiaskan dengan sayur yang telah dicelur; seperti brokoli, bunga kobis, potongan tongkol jagung manis, jagung muda, karot dan potongan hirisan lemon.

5.      Akhir sekali perah lemon sebelum dimakan bersama nasi panas.

 

BUKU RESIPI HAMEMAH

Sila layari; hamemah.blogspot.com

Resipi Masakan Paprik Menggunakan Pes Tomyam KakMas


Untuk Penyediaan Masakan Paprik:

1.   Perap (dada ayam/daging/fillet ikan/udang)  dengan Sos Tiram.

2.   Tumis wangi bawang merah, bawang putih, halia, serai and daun limau purut.

3.   Masukkan 2 sudu Pes Tomyam Special KakMas  dan tumis seketika.

4.   Masukkan (dada ayam/daging/fillet ikan/udang)  yang telah diperap dengan Sos Tiram.

5.   Seterusnya, masukkan bawang Holland, bunga kobis, jagung muda, lobak merah dan kacang panjang.  



6.   Masukkan campuran semua bahan; sos tiram, kicap dan air.

7.   Biar seketika dengan api perlahan dan kacau rata.


8.   Hidangkan panas. 

Cara Memasak Menggunakan Pes Tomyam Special KakMas

Cara Memasak Menggunakan Pes Tomyam Special KakMas


Untuk Penyediaan Tomyam:

 

1.      Panaskan 500ml (2 ½ cawan) air di dalam periuk. Masukkan 150g ayam, daging, isi ikan, udang, sotong yang telah dipotong menjadi ketulan kecil, 2 sudu Pes Tomyam Special KakMas, kacau rata, masak sehingga empuk.

2.      Tambahkan 8 kuntum (80g) bunga kobis, hirisan karet, jagung muda, rebus selama 5 minit.

3.      Kemudian, masukkan serai yang telah diketuk, potongan bawang besar, cendawan dan cili padi (jika suka pedas) biarkan sehingga masak.

4.      Sedia untuk dihidang bersama hiasan hirisan tomato, daun ketumbar dan lada besar.

Wednesday, December 29, 2021

PES TOMYAM HOMEMADE KAKMAS


Rahsia Untuk Merasai Keenakan Tomyam Yang Dibuat Sendiri
Cubalah Pes Tomyam Homemade KakMas

KLIK 


Wednesday, December 8, 2021

PES AYAM PERCIK SOS LEJEN KAKMAS

Kepada pengemar Ayam Percik Sos Lejen KakMas - tempahan untuk pes ayam percik boleh dibuat dengan menghantar Whatsapp kepada KakMas 0139208820.





Cara Memasak Ayam Percik Menggunakan Pes Ayam Percik Sos Lejen KakMas

1. Seekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan, dan ditos.
2. Ayam tersebut diperap dengan satu sudu serbuk kunyit, satu sudu pes dan sedikit garam.
3. Perap ayam sekitar 30 minit.
4. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 250oC selama 20 minit.
    (Dalam masa yang sama dalam periuk pula, sediakan sos percik hingga siap.)
5. Angkat dan rendam ayam dalam periuk sos, masak untuk tempoh 10 minit.
6. Toskan ayam dan panggang untuk kali kedua.

Untuk Menyediakan Sos Lejen KakMas

1. Masak 1/2 liter air hingga mendidih.
2. Masukkan 1/2 botol pes dan kacau hingga sebati.
3. Masak antara 15 hingga 20 minit, masukkan 1 liter santan. Masak hingga pekat dan pecah minyak.
4. Ambil ayam yang siap di panggang kali pertama, rendam di dalam sos untuk tempoh 10 minit.
5. Keluarkan ayam untuk pemanggangan kali 2 dalam tempoh 5 minit.
6. Masak api perlahan sehingga sos memekat mengikut kepekatan yang anda mahu. Jika anda suka cair masukkan air panas untuk mengurangkan kepekatannya.
7. Siap untuk dihidangkan.




Saturday, October 17, 2020

AIR BUAH – TEMBIKAI DAN LONGAN

AIR BUAH – TEMBIKAI DAN LONGAN

Bahan-bahannya;

1 tin buah longan

300 gram buah tembikai dibuang biji

100 gram gula pasir

3 cawan air

Sedikit pewarna merah

Beberapa biji limau nipis

Cara-cara Membuatnya

1.       Potong tembikai blender bersama 3 cawan air, kemudian direbus hingga mendidih.

2.       Masukkan gula dan larutkan.

3.       Masukkan 1 tin buah longan bersama air sirapnya. Bubuh pewarna merah. Kacau hingga serata selama 2 minit.

4.       Biarkan menyejuk kemudian simpan dalam peti sejuk.

5.       Untuk minum setelah sejuk, bubuh dalam gelas dan ceduk beberapa biji buah longan, tuang air buah dan perahkan sedikit limau nipis. 

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0