Thursday, February 23, 2006

TEPUNG PELITA


Bahan-bahan untuk membuat lapis bawah:-

2 cawan tepung beras
1 sudu kecil kapur sirih
5 cawan jus dari 7 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara-cara membuat lapis bawah:

1.                   Panaskan kukusan.
2.                   Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3.                   Masukkan 1 sudu gula atau lebih bagi setiap bakul daun pisang. Kemudian masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak anggaran 20 minit.

Thursday, December 8, 2005

IKAN JERUK TERGANU GORENG

IKAN JERUK TERGANU GORENG

Bahan-bahannya:

1 Ekor Ikan Jeruk Terganu
1 Biji limau nipis atau limau kasturi atau keduanya.
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Seinci halia
Minyak masak

Cara Membuatnya:

1.            Potong Cili, Bawang besar, Bawang Merah, Dihiris - Mayang dan ketepikan.
2.            Mayang bawang putih, halia
3.            Panaskan minyak masak
4.            Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
5.            Goreng ikan jeruk Terganu dalam minyak tersebut.
6.            Angkat ikan yang digoreng bersama bawang putih dan halia garing dan letak dalam piring. (Nak aroma yang istimewa ... lapik daun pisang sebelum bubuh ikan yang digoreng tu)
7.            Tutup api dan minyak masih panas.
8.            Terus masukkan (1) dan goreng hingga layu muda sahaja.
9.            Angkat (8) dan tuang tabur ke atas ikan jeruk terganu goreng itu.
10.          Belah limau nipis/kasturi dan perah mewah ke atas ikan jeruk goreng.
11.          Hidangkan - Makan bersama nasi putih. 

Ikan jeruk Terganu ni...dibuat dari gelama, kerisi atau ikan kembung .... boleh dibeli di Pasar Payang Kuala Terengganu ... tak sah kalau datang melancong Terengganu dan tak beli ikan jeruk ni. Walaupun masin ... memang menyentap bila makan bersama nasi yang panas-panas. Belilah ikan Jeruk Terganu dan hadiahkan pada sanak saudara dan taulan .. kenalah dengan resepinya sekali...... tanda mata bila balik dari Terengganu.

Friday, December 2, 2005

LEPAT JAGUNG


Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ cawan gula
3 cawan santan pekat
2 tongkol jagung – isi jagung dihiris
1 sudu kecil garam
Daun pisang secukupnya dilayur atas api

Cara-cara Membuatnya:

Friday, October 21, 2005

LEMPENG PISANG


Bahan-bahannya:-

2 sisir pisang berangan masak - dilecek
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ biji kelapa parut putih – digaul rata bersama garam
½ sudu kecil garam
Daun pisang secukupnya

Cara-cara Membuatnya:-

Tuesday, September 13, 2005

KUIH LAPIS COKLAT JAGUNG


Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung kastad
¾ cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
½ cawan isi jagung - gaul bersama ½ cawan air
1 sudu serbuk coklat - bancuh dengan ½ cawan air suam

Cara-cara membuatnya:

Wednesday, August 10, 2005

KUIH SAGU


Bahan-bahannya:-

½ gelas sagu biji - bilas bersih (untuk elakkan sagu menjadi mata ikan pastikan semua sagu telah terserap air)
3 gelas air
6 sudu gula
½ sudu kecil pewarna merah / hijau
1 helai daun pandan
½ biji kelapa parut putih
½ sudu kecil sedikit garam

Cara-cara Membuatnya:-

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0