Sunday, November 11, 2018

Sirap Kopi - SIRAP QAHVA HAROMA

Untuk membuat kopi sejuk, penggunaan Sirap Kopi adalah cara penjimatan masa serta pengekalan rasa bila mana ais tidak terus mencair seperti mana pembuatan Kopi O Ais. Sediakan sirap kopi dan simpan di dalam botol dan letakkan di dalam peti sejuk. Bila nak guna terus je buat dengan mencampurkan sedikit air sejuk, kacau dan tambah ais.

Untuk pembuatan 1 liter sirap kopi, anda memerlukan kopi yang sedap seperti Qahva Haroma Serbuk.

Bahan-bahannya:-

100 gram Qahva Haroma Serbuk
570 gram gula pasir
670 gram Air

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, October 10, 2018

TOM YAM POE TAEK – LANBAYU


Bahan-bahannya:-

1 ekor ketam bunga – dibelah empat
120 gram udang
120 gram sotong
120 gram lala/remis
1 inci lengkuas – dihiris
2 batang serai – dipotong
4 helai daun limau purut
4 helai daun selasih
4 tangkai lada kering – digoreng
1 sudu jus limau nipis
1 sudu kicap sotong
1 sudu kecil gula
4 mangkuk air rebusan kerangka ayam

Cara-cara Membuatnya:-

Saturday, October 6, 2018

Cara Membuat Serbuk Kopi



Membuat serbuk kopi kampung untuk dibuat minum sendiri amatlah mudah, ramai orang boleh membuatnya, cuma beli biji kopi, goreng hingga masak dan gaulkan dengan sira gula hangus. Setelah sejuk, kisar dengan blender hingga jadi serbuk dan siap untuk dibuat minuman. Walaupun sedap rasanya, sebenarnya tanpa kita sedari manfaat kopi sebenar telah musnah kerana kita sebenarnya mendapat kehangusan kopi dan gula serta kemanisan yang datang dari gula atau susu yang ditambah kemudian.

Bahan-bahannya:

Biji kopi mentah
Gula
Garam
Marjerin



Membuat kopi secara homemade boleh tambah pendapatan yang agak lumayan tapi kenalah dapatkan belajar rahsianya dahulu .... RAHSIA BUAT SERBUK KOPI 

Wednesday, October 3, 2018

Tok Aji Serban - Suzeina

Bahan-bahannya:-

Bahan A (Padang Pulut)

600 gm pulut - direndam sekurang-kurangnya 4 jam.
1 kotak kecil santan.
Secubit garam halus dan secubit gula.

Bahan B (Sekaya Telur)

20 biji telur ayam Gred B
1 kerek manisan (Gula Melaka)
3 cawan air
5 helai daun pandan
Sedikit esen vanila
Secubit garam halus.

Cara-cara Membuatnya:-

1.   Kukus beras pulut 35 minit. Angkat dan tuang santan, garam dan gula. Gaulkan hingga merata.
2.   Tuang dan peratakan pulut di dalam loyang. Kukus ulangan untuk 15 minit lagi. Setelah masak, gunakan gelas plastik untuk mampatkan pulut. (Jangan gunakan gelas kaca.) Letak tepi.
3.   Untuk sekaya pula - pukul telur dengan manisan, esen vanila dan garam. Pukul hingga sebati adunan tersebut sekurang-kurangnya 5 minit.
4.   Gunakan penapis dan siram aduan telur ke atas pulut di dalam loyang. Kukus semula lebihkurang 45 minit. Sejukkan selepas masak, potong. Siap untuk dimakan.



Monday, June 11, 2018

Daging Black Pepper Steak

Hari ini keluarga Kak Mas nak makan Daging Black Pepper Steak.  Daging Masak Steak Lada Hitam. Kirim duit kat menantu minta belikan daging dari gerai Abg Razak kat simpang Manir.  Keluarga Kak Mas dari dulu lagi memang mendapatkan bekalan daging dari Abg Razak tak perlu special request lagi, cukup dengan beritahu nak masak apa, kerana Abg Razak akan bagi bahagian daging yang sesuai untuk masakan yang disebut.

Bahan-bahannya;


1/2 kg daging batang pinang
5 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1/2 inci halia
1 ulas bawang besar - potong membulat 1/4 inci tebal
1 sudu kecil lada hitam
1 batang lobak potong menyerong 1/2 inci tebal
1/2 cawan Kicap Manis Adabi
1 cawan air
1/2 tin cendawan butang - belah 2
1 biji buah tomato potong 4
1/2 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak masak 

Cara-cara Membuatnya:

1.   Sediakan daging dengan menghiris setebal 1/2 inci. Bersihkan dan tos, ketepikan dahulu.

Sunday, May 27, 2018

Gulai Ikan Talang Masin Masak Lemak Nenas

Dah 2 hari, sebiji nenas terletak di atas meja di dapur. Kak Mas mulanya belum ada cadangan lagi untuk buat apa, buat jeruk, sesekali fikir nak buat jem untuk kuih tart nenas, tapi tak cukup kalau nak buat sedikit boleh je. Atau buat acar masak untuk makan waktu berbuka. Mmm ... sebaik buka peti sejuk baru teringat ikan talang masin yang disimpan berbungkus dalam bahagian sayur.

Hah... dah dapat idea. Santan ada ... elok sangat. Masak Lemak cili merah versi Tok Su.

Bahan-bahannya:

1 biji nanas - dengan pisau tajam - dikupas buang kulit dan ditarah silang buang duri. Kemudian dihiris-hiris berpetak.
1 ekor ikan talang masin - dibersihkan dan direndam 25 minit dan ditoskan.
2 batang serai diketuk
3 helai daun kunyit muda yang disiat-siat
2 keping asam keping / gelugur
1 kotak santan segera.
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan untuk dikisar halus:

6 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
2 ulas lada merah
15 ulas cili api - nak pedas tambah aje
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas

Cara-cara Membuatnya:

1.   Masukkan 2 gelas air. 
2.   Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan masak sehingga bawang benar-benar masak. 
3.   Setelah air tinggal kurang separuh, masukkan ikan masin gaul sekejap, lepas itu barulah dimasukkan nanas, kacau hingga nanas separuh empuk.
4.   Tambah sedikit air, kalau perlu.
5.   Masukkan asam keping / gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
6.   Masukkan daun, masakkan sekejap hingga mendidih dan padam api.
7.   Rasa kemasinannya. Tambahkan garam jika  perlu dan gula mengikut citarasa anda.

Apa lagi, dah boleh makan. Nanas kalau buang duri tak habis memang tak best. Santan kalau dimasukkan terlalu awal, nanti naik minyak.




Saturday, May 26, 2018

Kuih Onde-Onde (Buah Melaka)

Anakanda Kak Mas mengidam nak makan kuih onde-onde. Jadi dia pesan ke Kak Mas belikan tepung pulut untuk buat onde-onde katanya. Kak Mas kata bukan tepung pulut saja kena beli kalau nak buat kuih tu atau dalam kata lain nak bermanja suruh Kak Mas buatkanlah kuih tu. Tapi sampai bila, dah nak masuk dua orang anak ni kenalah berjanji nak buat meskipun sekarang ni kalau pergi bazar Ramadhan dah siap pun.

Yang ironinya bila beli kat bazar, kelapa parut mudah basi kalau tak hati-hati. Kena hidu tapi apa orang yang nengok dan menjual tu kata pulak. Cik Kak ... kami jual je yang ni semua kuih orang hantar. Kesian pulak, tapi tak apa ... Kak Mas bagi resepi ni ....

Bahan-bahannya:

1 gelas tepung pulut
1/2 kotak santan pekat
1/4 camca teh garam halus
1/4 cawan kelapa parut (ambil yang putih dan tidak terlalu tua)
1 kerek gula kabung / manisan / gula melaka (Potong ketul bulat kecil-kecil manisan inti)
2 helai daun pandan - dikisar dengan secawan air (tapis ambil warna)

Cara Membuatnya:

1.   Uli tepung pulut bersama air daun pandan, santan dan garam.
2.   Selepas doh tersedia, gentel bulat-bulat untuk buat bebola doh sebesar biji guli. Isikan gula melaka ke dalam bebola pulut itu.
3.   Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
4.   Masukkan bebola pulut yang telah dimasukkan manisan ke dalam air yang sedang gelegak itu.
5.   Apabila telah masak, bebola tadi akan menimbul, sauk dengan sudu dan toskan airnya.
6.   Golekkan bebola keatas kelapa parut yang telahpun digaul dengan sedikit garam.
7.   Masa untuk mencuba ... oops ... bulan puasa ni. nanti Kak Mas makan waktu berbuka. Jom.

Thursday, May 17, 2018

PUDING LAICI

Hari Ahad baru-baru ni Kak Mas menghadiri Kursus Team Building, orang tua dan telah berusia serta bercucu seperti Kak Mas kembali segar selepas berpeluh dalam aktiviti yang diadakan. Yang pasti usia kita makin bertambah hari ke hari. Dalam aktiviti yang diadakan, bahasa isyarat  ... Kak Mas juga dapat hamper atas kejayaan kerja dalam kumpulan. Dengan satu hamper tu ada pelbagai hadiah yang terpaksa dibahagi secara ala kadar sebab berlainan jenis.

Adik-adik yang pernah dapat hadiah satu hamper dalam satu kumpulan mesti pernah mengalami keadaan begitukan? Cuba angkat tangan Kak Mas nak tengok. Okeylah moga hidup kita ceria dengan lawak ringan ni.

Kak Mas ambil tin laici ... tak nak berebut untuk ambil coklat atau gula-gula ... bagi je kat orang muda. Laici dalam tin pulak mengingatkan zaman persekolahan dulu-dulu ... bila rombongan ke Singapura itulah yang dibawa balik. Ceria adik beradik yang masih kecil.

Okey ke situ pulak ... dengan Laici dalam tin ni... Kak Mas nak buat Puding Laici untuk berbuka puasa maghrib nanti. Resepi Puding Laici 

Bahan-bahan
2 tin laici (ambil laici sahaja)
1 tin buah campuran
1 tin susu cair (Ideal sure the best)
1 bungkus agar-agar
10 gelas air
1 kotak santan (200ml)
1 tin susu pekat
1 1/2 gelas gula

Cara-cara Membuatnya
1. Didih agar-agar hingga cair  dan larut dengan 10 gelas air... bubuh daun pandan.
2. Kemudian, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Akhir sekali masukkan kesemua bahan-bahan serta laici dan buah campuran kedalam agar-agar. Kacau dengan perlahan hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.

Simpan untuk waktu berbuka nanti. Che Abang jangan pulak terlupa intai-intai dalam petisejuk hari ini kita puasa. 




Sunday, May 13, 2018

SAMBAL IKAN BILIS

Hari ini Kak Mas nak bagi satu resepi untuk adik-adik yang minat nak buat bisnes COD atau ONLINE. Kalau yang masih belum ada kerja atau sedang menunggu panggilan temuduga ... Insya Allah ada peluang tu. Bagi yang dah bekerja ... apa salahnya buat hujung minggu dan botolkan. Tambah pendapatan. Kalau berjaya Kak Mas tumpang gembira. Kalau dah buat tu .. boleh mesej ke Kak Mas untuk Kak Mas tolong bantu viralkan.

Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan;

6 biji bawang merah - dikisar 
1 biji bawang besar - mayang/hiris
Segenggam ikan bilis - ambil secubit tumbuk (pemanis rasa)
2 cm belacan 
2 senduk besar Laderbo (Cili Giling)
2 sudu asam jawa dibancuh dengan secawan air
Garam dan Gula secukup rasa.

Cara Membuatnya

1.   Panaskan minyak di kuali.
2.   Tumis bawang merah hingga naik bau wanginya.
3.   Masukkan belacan dan ikan bilis.
4.   Goreng hingga kekuningan.
5.   Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
6.   Masukkan bawang besar.
7.   Masukkan air asam jawa dan teruskan sambil kacau perlahan-lahan hingga pekat.
8.   Bubuh garam dan gula secukup rasa. 
9.   Akhir sekali bubuh sesudu cuka makan dan kacau. (Cuka makan akan bantu mengawet sambal ini untuk bertahan).

Formula yang diberi ini cukup untuk makan sehidangan tapi kalau nak buat bisnes, semua bahan perlu ditimbang. Yang paling penting gunakan penimbang dan catat, guna minyak dari jenama yang sama, belacan, asam jawa pengeluar yang sama, ikan bilis pun. Pelanggan amat mengutamakan rasa yang sama, bila dan sedap tu jangan ubah resepi yang anda hasilkan. 

Dalam pembuatan makanan pengekalan rasa bergantung kepada sukatan. Sebab itulah Kak Mas minta guna penimbang. Gunakan ikan bilis yang dijual oleh penjual yang sama sebaiknya. Jangan sesekali ubah pembekal. Lain pembekal belacan lain pula rasa belacan. Jangan terlupa bubuh cuka makan kalau tidak ia akan cepat naik kulat apalagi kalau tak disimpan dalam peti sejuk selepas botol dibuka.

Dah buat, apa lagi ... bila dah sedap hasilnya ... ambil tempahan dan botolkan. Tampal stiker yang cantik. Seperti produk kilang. Kak Mas doakan anda semua akan berjaya. Kirimlah ke Kak Mas sebotol ... nak rasa ni.

Friday, April 20, 2018

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS


Bahan-bahannya:-

600 gram ikan pari
15 tangkai lada kering – direndam air panas dan ditoskan
10 ulas bawang merah
2 siong bawang putih
½ inci halia
1 sudu asam jawa – ambil jusnya
5 cawan air
3 tangkai daun kesum
3 sudu minyak untuk menumis
Garam, serbuk perasa dan gula – secukup rasa

Friday, December 29, 2017

DAGING GORENG MERAH LADERBO

Hari ini Kak Mas nak pergi tengok cucu yang dimasukkan ke Hospital Salam semalam, khabarnya dan semakin sihat... syukran... Dalam perjalanan anakanda perempuan Kak Mas telefon dan pesan minta dibelikan mee sup dan bubur (nasi air). Jadi Kak Mas terus ke Pasar Payang, kerana di bahagian atas ada kedai makan. Kebetulan dah ke Pasar Payang....selepas membeli mee sup Kak Mas pun pergi beli daging, beli sayur pucuk ubi keledek.

Daging nak masak lada, jadinya Kak Mas singgah kat Hakhim Bawang yang jual bawang lada dan beli lada giling LADERBO yang katanya si Hakhim ... memang terjamin sedapnya. 

Lepas menjenguk cucu di Hospital Salam, syukur dah ceria dan nampak sihatnya .. tunggu untuk discharge ... 

Kak Mas balik ke rumah dan menyediakan lauk istimewa ni... memang sedap ... Nanti kalau ke Pasar Payang kena beli LADERBO lagi. Terima kasih atas jaminan sedap itu dan kerana sedapnya daging merah ni ... Kak Mas kongsi resepi... boleh cuba... La... che abang duk meratah lagi tuuu ......




DAGING GORENG MERAH LADERBO

Bahan-bahan:
1 kg Daging lembu / kerbau
4 siung bawang putih
15 biji bawang merah
1 biji bawang besar (sederhana)
1 inci halia
2 sudu makan asam jawa
5 sudu makan LADERBO
Garam dan perasa secukup rasa.

Penyediaan:


Wednesday, July 19, 2017

SAYUR LABU FERINGHI CAMPUR


Bahan-bahannya.
2 sudu minyak masak Vesawit
½ biji bawang merah
2 siung bawang putih
200 gram ayam bahagian dada dihiris kecil
1 ½ cawan air
1 kiub ayam Knorr
150 gram bunga kobis
100 gram Brocolli
150 gram Labu Feringhi
Garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya

1.       Bawang merah dan bawang putih dicincang.
2.       Panaskan minyak masak kemudian tumiskan (1) sehingga keluar bau wangi.
3.       Masukkan daging ayam yang telah dihiris, masak sehingga separuh masak.
4.       Masukkan air hingga mendidih, masukkan bunga kobis hingga separuh masak.
5.       Masukkan kiub ayam Knorr.
6.       Masukkan broccoli dan labu Feringhi yang telah dihiris dan kacau hingga masak.
7.       Bubuhkan garam secukup rasa.

Tuesday, May 2, 2017

RENDANG PARU DAN LIMPA – Kak Harison



Bahan-bahannya:-

2 kilogram (paru-paru dan limpa) – dipotong, dibersih dan ditoskan
2 biji kelapa ambil santan pekat dan santan cair
5 helai daun kunyit – dihiris halus
2 sudu kerisik
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa

Bahan Untuk Dilumatkan:-

MEE BANDUNG – BENTENG


Bahan-bahannya:-

250 gram mee kuning – dicelur dan ditoskan
2 siung bawang putih - diketuk
7 tangkai lada kering – direndam air panas dan ditoskan
2 ulas bawang merah – dilumatkan bersama lada kering
5 ekor udang – dibersihkan
2 keping sotong
2 sudu sos tomato ideal
1 sudu kecil perasa udang
1 biji telur
2 tangkai sawi dipotong
250 ml air
Garam, sebuk perasa – secukup rasa
1 sudu minyak untuk menumis

Saturday, April 22, 2017

KUIH CAKAR AYAM



Bahan-bahannya:-

500 gram ubi keledek
100 gram gula perang
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air

Cara-cara Membuatnya:-

Thursday, April 20, 2017

NASI KAROT DAGING

   
Bahan-bahannya:-

6 cawan beras dikosek dan ditoskan
600 gram buah tomato disagat
600 gram daging lembu muda – dipotong dan diperap dengan Maggi Seasoning
600 gram lobak merak disagat
85 gram minyak sapi
50 gram minyak salad
4 biji bawang besar - dimayang
1 sudu Maggi Seasoning – untuk memerap daging

Untuk Dilumatkan:-

Monday, April 17, 2017

SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahannya:-

½ kilogram udang segar
15 tangkai lada kering – direndam air panas 10 minit dan ditoskan
10 ulas bawang merah
2 siong bawang putih
1 biji bawang besar – dihiris membulat
3 papan petai
½ cawan air asam jawa
3 batang serai – diketuk
3 sudu minyak masak – untuk menumis
1 sudu kecil gula
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

AYAM TANDOORI

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam segar dibelah empat dan dikelar
2 biji lemon diambil jusnya
1 mug yoghurt
2 biji bawang besar
6 siung bawang putih
2 inci halia
3 pokok ketumbar
2 sudu serbuk kari ayam adabi
2 sudu cili boh
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk lada sulah
Sedikit pewarna merah
Garam secukup rasa

Tuesday, April 11, 2017

AGAR-AGAR UBI KELEDEK


Bahan-bahannya

37.5 gram agar-agar
300 gram ubi keledek yang telah direbus dan dilecek
150 gram gula pasir
4 cawan santan pekat
2 biji telur
3 cawan air
3 helai daun pandan

Cara-cara Membuatnya:-

Friday, December 9, 2016

RESEPI KERABU NANGKA MUDA

RESEPI KERABU NANGKA MUDA

Hari ini Jumaat, Kak Mas ke Pasar Payang untuk beli lauk basah, lalu depan seorang makcik yang jual sayur, lantas dia menegur Kak Mas;
mek; tegurnya
nangka muda baru sampai, ambiklah buat celur makan dengan budu,
masak lemak cili api sedap ni,
Dah dua minggu berturut-turut Makcik tu mempelawa Kak Mas dengan nangka muda, tengok dia tersenyum., pandang matanya, terbuka hati Kak Mas dan terus terlintas nak buat kerabu nangka.
Kak Mas terus membeli 2 keping nangka muda, 1 cadang nak celur cicah budu dan 1 lagi nak buat kerabu nangka. Memang sedap. Lagipun sebentar tadi pulak dah beli ikan selayang besar dan segar.

Bahan-bahannya:

Semangkuk - Nangka muda
Satu cawan - Santan pekat
Satu cawan - Kelapa parut digoreng kering.
1 sudu - Gula 1/2 sudu teh - Garam
1 sudu teh - Lada hitam
Seekor Ikan selayang - Dipanggang dan diambil isinya.
4 biji - Limau kasturi
3 biji - Bawang merah
Beberapa ulas cili padi dimayang.
Cuka makan.

Cara-caranya

1. Rebus nangka muda sehingga ianya empuk dan toskan.
2. Tumbuk isi ikan selayang panggang, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
3. Tumbuk kelapa goreng agak-agak lumat.
4. Dalam mangkuk salad, masukkan nangka muda, bahan no.2, tambahkan gula, garam dan gaul hingga rata.
5. Setelah itu, masukkan santan. Gaul dengan sudip hingga rata.
6. Akhir sekali, perah 4 biji limau kasturi ke dalam campuran dan cili padi yang telah dipotong kecil itu. Kalau tak suka pedas tak perlu bubuh.
7. Bubuh satu sudu cuka makan. Cuka untuk elak daripada cepat ba'al (basi). Gaul dan rasa.
8. Sedia untuk dihidang, kalau ratah sure habis dan alamatnya tak sempat untuk dibuat lauk.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0