Sunday, May 5, 2019

BANDUNG CINCAU

Bahan-bahannya:-

Gula
Pewarna Merah Rose
Susu Pekat
Susu Cair
Air panas - untuk melarutkan gula
Air sejuk
Cincau - dipotong halus panjang atau dadu kecil
Ais batu.

Saturday, May 4, 2019

PETUA MENGURANGKAN MASIN



1.     Jika lauk terlalu masin, ambilkan pelepah pisang sepanjang 2 inci dan celupkan ke dalam lauk sehingga lauk tersebut mendidih dan barulah diangkat.

2.  Untuk daging masin atau makanan hasil laut seperti ikan masin, sotong, bilis, udang kering, pari, kupang dan sebagainya.

Caranya

Thursday, May 2, 2019

NASI GORENG JAGUNG


 Bahan-bahannya:-

1 mangkuk nasi yang telah disejukkan
2 biji cili hijau - ditumbuk
2 siung bawang putih – ditumbuk
1 senduk jagung – yang telah direbus
1 batang kacang panjang – dihiris pendek-pendek
2 sudu minyak masak - untuk menumis
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, May 1, 2019

CHAR KUE TIAU - SUNGAI DUA


Bahan-bahannya:-

1 mangkuk kue tiau
1 siung bawang putih – diketuk pecah
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
6 ekor udang
1 biji telur ayam
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
1 sudu kicap sotong
½ sudu sos tiram
Gula, garam dan serbuk perasa

Bahan Untuk Dilumatkan

7 tangkai lada kering
4 ulas bawang merah
1 siong bawang putih
Sedikit belacan

Cara-cara Membuatnya:-

Monday, April 29, 2019

IKAN KELI MASAK BERLADA


Bahan-bahannya:-

1 kg ikan keli pasar tani – disiang dan dibersihkan
5 siung bawang putih
12 biji bawang merah
5 – 10 biji cili padi
10 biji lada merah
3 biji tomato
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air Asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara Membuatnya:-

Friday, April 26, 2019

JEM EPAL


Bahan-bahannya:-

6 biji buah epal
½  biji nanas
450 gram gula pasir
2 inci kulit kayu manis
150 ml air

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, April 24, 2019

QAHVA HAROMA Cappuccino Mousse


Persediaannya:-

125 gram coklat masakan
1 uncang Qahva Haroma
30 ml air panas
4 biji telur segar – diambil putihnya
125 gram gula kastor
250 gram double cream
Krim putar dan ais kerim Vanilla

KARIPAP MINI

CARA MEMBUAT KARIPAP MINI

BAHAN UNTUK DOH:-

450 gram tepung gandum
4 sudu minyak sapi
200 ml air
2 biji limau kasturi – ambil jusnya
3 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

Monday, April 22, 2019

AGAR-AGAR MARMAR


Bahan-bahannya:-

30 gram agar-agar rafia
1 tin susu ideal
5 Biji telur ayam segar gred B
1 ½ gelas gula pasir
4 ½ gelas air
Pewarna kuning atau tema anda
Sehelai daun pandan

Cara-cara Membuatnya:-

Sunday, April 21, 2019

AGAR-AGAR KERING


Bahan-bahannya:-

30 gram agar-agar rafia
600 gram gula pasir
75 gram gula batu
650 gram air
Esen perasa limau
Pelbagai warna pilihan

Cara-cara Membuatnya:-

AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam – dipotong anak ramai
8 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1 batang serai
1 sudu ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1 inci lengkuas – dibuang airnya
½ inci kunyit segar
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa.

Saturday, April 20, 2019

Tambah Pendapatan Dengan Membuat Rempah Masakan Ikan


Untuk masak 1 kilogram ikan … anda hanya memerlukan hanya 25gm rempah. Jika anda bercadang untuk membuat 1.15 kilogram rempah …… anda dapat membuat sebanyak 46 bungkus rempah untuk kegunaan sendiri, untuk hadiah atau dijual. Bagaimana caranya? Untuk masak lauk berasaskan ikan … rempah yang diperlukan ialah:-

FORMULA REMPAH MASAKAN IKAN

1.       Ketumbar           -            600 gram             
2.       Jintan Putih        -            200 gram
3.       Lada Kering       -            150 gram
4.       Jintan Manis       -           100 gram
5.       Lada Hitam        -              50 gram
6.       Kunyit Kering    -               50 gram
                                                                   
CARA-CARANYA:-

Friday, April 19, 2019

ROTI CANAI PAK MAT


Bahan-bahannya:-

600 gram tepung gandum
1 biji telur
1 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil marjerin
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 mug air sejuk

Thursday, April 18, 2019

TELUR DADAR DAUN PERIA PANTAI

Bahan-bahannya:-

2 biji telur ayam segar
1 biji bawang besar – dihiris membulat dan direlai-relai
50 gram daun peria pantai muda
1 biji lada merah – dibuang biji dan dihiris
1 sudu sos tiram
Secubit kunyit
Secubit garam
Minyak untuk memasak

Wednesday, April 17, 2019

PAPRIK AYAM



Bahan-bahannya:-

300 gram ayam dipotong kecil
1 hiris halia
3 helai daun limau purut
100 gram bunga kobis
3 batang kacang panjang
½ batang karot
3 batang jagung muda
Garam dan gula secukup rasa

SATAY DAGING LEMBU


Bahan-bahannya:-
1 kilogram daging lembu dipotong kiub
1 sudu garam
2 sudu gula merah
1 sudu madu

Bahan untuk dilumatkan:-
2 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 inci kunyit segar
1 sudu jintan manis yang telah disangai
1 biji buah keras

Monday, April 8, 2019

RESEPI ROJAK KATIH - KAK ANI

BAHAN-BAHANNYA:-

1 batang kaki lembu/kerbau
5 sudu makan cili boh
2 kerek manisan (gula Melaka)
1 cawan air asam jawa
2 sudu kicap pekat
20 gm belacan
Air, cuka, garam dan gula secukupnya.

CARA-CARA MENYEDIAKAN URAT KETING:-

Resepi Bingkang Terengganu

Bahan Untuk Bingkang Terengganu


250 gram tepung beras
625 ml air

Cara-cara Membuatnya:

Gunakan acuan pembuat bingkang yang dibakar api dari bawah dan atas. Jika tidak ada boleh gunakan oven. Masukkan acuan yang diisi tepung ke dalam oven yang telah diletakkan sekeping tempurung kelapa yang telah dibakar hangus di penjuru tepi dalam oven. (untuk bauan).

1.   Bancuh tepung beras dengan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati, pastikan konsistensi adunan yang dibancuh tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

2.  Untuk elakkan bingkang melekat pada acuan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak.

3.  Untuk bingkang biasa - Tuang adunan ke dalam acuan dan masak.
     Untuk bingkang telur - ambilkan sebahagian daripada adunan dan pecahkan sebiji telur dan kacau sehingga sebati sebelum dituang adunan itu ke dalam acuan.

Bahan Untuk Kuah Lemak

Sunday, April 7, 2019

RESEPI TELUR IKAN AYA SINGGANG

Bahan-Bahan:
600 gram telur ikan aya
1 inci lengkuas – dihiris nipis
1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
3 ulas bawang merah – dihiris nipis
2 siong bawang putih – dihiris nipis
2-3 keping asam gelugor
3-4 biji lada merah besar

2-3 biji lada jarum – diketuk (boleh tambah jika suka pedas)
Garam dan gula secukup rasa
Perasa (Atas keperluan)
Air secukupnya
Cara-cara Membuatnya:

Wednesday, January 9, 2019

GULAI PUCUK UBI

Bahan-bahannya:

12 gemal pucuk ubi - dicelur terlebih dahulu dan ditoskan.
2 biji kelapa (Ambil santan dan simpan sedikit kelapa untuk dikisar)
15 biji lada merah
5 biji bawang merah
seinci halia
seinci kunyit 
seinci lengkuas
asam keping dan garam
sebatang serai (dipotong)
sepotong ikan masin (tenggiri/merah/talang/kurau)

Cara-cara Membuatnya:

Tuesday, January 8, 2019

SINGGANG SOTONG


Bahan-Bahannya:

500 gram sotong segar
3 siung bawang putih - dilumatkan
3 ulas bawang merah – dilumatkan
½ inci halia - dilumatkan
1 ulas bawang besar – dihiris membulat
1 batang serai – diketuk
3 biji cili padi
1 sudu kecil halba
½ cawan air asam jawa
3 biji lada merah – di belah 4 rangi tanpa putus
Sedikit belacan
Garam, serbuk perasa
Gula (biasanya kemanisan sotong telah memadai)

Cara-Cara Membuatnya:-

Monday, January 7, 2019

JEM BETIK


Bahan-bahannya:-

1 biji buah betik
1 biji buah epal
450 gram gula pasir
3 sudu air limau nipis
150 ml air

Sunday, January 6, 2019

TELUR SEPARUH MASAK SEMPURNA

TELUR ARONG ATAU TELUR SEPARUH MASAK SEMPURNA

Untuk membuat 2 biji telur separuh masak yang sempurna anda hanya perlu merendam telur tersebut di dalam air panas yang telah mendidih selama 7 minit sahaja.

1.     Bersihkan 2 biji telur dengan air biasa.
2.     Sediakan teko stainless steel atau mangkuk atau bekas yang muat untuk merendam dua biji telur dan dapat ditutup dengan penutupnya atau piring.
3.     Masukkan 2 biji telur yang telah dibersihkan ke dalam bekas tersebut.
4.     Dengan menggunakan bekas memasak air elektrik, jerang air hingga mendidih.
5.     Tengok jam anda. Tuang air panas itu ke dalam bekas yang ada dan tutup atau tudung bekas itu dengan penutupnya atau piring.
6.     Tunggu 7 minit dan angkat telur apabila tiba masanya.
7.     Nah.... hidangkan 2 biji telur itu bersama .... kicap cair, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam halus, atau lada hitam berperisa Aji Shio, madu ....
8.     Silakan menikmati dengan perasa pilihan anda.    

Minum bersama secawan Qahva Haroma .... panas !!!

Saturday, January 5, 2019

AIS KRIM QAHVA HAROMA

Bahan-bahannya:-


1 biji telur
1 ½  cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan air panas
2 sudu gula aising
1 uncang Qahva Haroma


Cara-cara Membuatnya:-

1.      Rendam satu uncang Qahva Haroma dalam air panas selama 5 minit, disejukkan sebelum  
        ditambah.
2.       Pukul 1 biji telur hingga kembang.
3.       Masukkan Qahva-Haroma sejuk, susu cair , gula aising dan susu pekat.
4.       Kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam bekas plastik.
5.       Bekukan dalam peti ais sebelum dimakan.


Friday, January 4, 2019

SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA


Bahan-bahannya:-

500 gram sotong
10 tangkai lada kering – dibersih dan direndam air panas, ditoskan.
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 sudu minyak
Sedikit belacan
1 sudu kicap pekat
½ cawan air asam jawa
Serbuk perasa
Garam
Gula

Cara-Cara Membuatnya:-

Thursday, January 3, 2019

BINGKA KELADI

Bahan-bahannya:-

3 ketul ubi keladi rebus 
1 cawan tepung gandum
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk kelapa muda parut
1 mangkuk gula pasir
Secubit garam

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, January 2, 2019

BERGEDIL AYAM

Bahan-bahannya:-

6 biji ubi kentang - direbus dan dibuang kulit
4 biji bawang merah - dilumatkan
2 siung bawang putih - dilumatkan
2 tangkai daun saderi - dimayang
5 tangkai daun kucai - dimayang
150 gram isi daging ayam - dihancurkan
3 biji telur ayam segar - dipukul
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara Membuatnya:-

Tuesday, January 1, 2019

IKAN TEMENUNG MASAK ASAM PEDAS


Bahan-bahannya:-

600 gram ikan temenung (ikan kembung)
15 tangkai lada kering – direndam air panas dan ditoskan
10 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1 batang serai
½ inci halia
1 sudu asam jawa – ambil jusnya
5 cawan air
3 sudu minyak untuk menumis
(Jika nak bubuh daun kesum – gunakan 3 tangkai tapi tidak perlu bubuh serai ... kalau nak bubuh juga ... ikut sukalah...)
Garam, serbuk perasa dan gula – secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:-

Sunday, November 11, 2018

Sirap Kopi - SIRAP QAHVA HAROMA

Untuk membuat kopi sejuk, penggunaan Sirap Kopi adalah cara penjimatan masa serta pengekalan rasa bila mana ais tidak terus mencair seperti mana pembuatan Kopi O Ais. Sediakan sirap kopi dan simpan di dalam botol dan letakkan di dalam peti sejuk. Bila nak guna terus je buat dengan mencampurkan sedikit air sejuk, kacau dan tambah ais.

Untuk pembuatan 1 liter sirap kopi, anda memerlukan kopi yang sedap seperti Qahva Haroma Serbuk.

Bahan-bahannya:-

100 gram Qahva Haroma Serbuk
570 gram gula pasir
670 gram Air

Cara-cara Membuatnya:-

Wednesday, October 10, 2018

TOM YAM POE TAEK – LANBAYU


Bahan-bahannya:-

1 ekor ketam bunga – dibelah empat
120 gram udang
120 gram sotong
120 gram lala/remis
1 inci lengkuas – dihiris
2 batang serai – dipotong
4 helai daun limau purut
4 helai daun selasih
4 tangkai lada kering – digoreng
1 sudu jus limau nipis
1 sudu kicap sotong
1 sudu kecil gula
4 mangkuk air rebusan kerangka ayam

Cara-cara Membuatnya:-

Saturday, October 6, 2018

Cara Membuat Serbuk Kopi



Membuat serbuk kopi kampung untuk dibuat minum sendiri amatlah mudah, ramai orang boleh membuatnya, cuma beli biji kopi, goreng hingga masak dan gaulkan dengan sira gula hangus. Setelah sejuk, kisar dengan blender hingga jadi serbuk dan siap untuk dibuat minuman. Walaupun sedap rasanya, sebenarnya tanpa kita sedari manfaat kopi sebenar telah musnah kerana kita sebenarnya mendapat kehangusan kopi dan gula serta kemanisan yang datang dari gula atau susu yang ditambah kemudian.

Bahan-bahannya:

Biji kopi mentah
Gula
Garam
Marjerin



Membuat kopi secara homemade boleh tambah pendapatan yang agak lumayan tapi kenalah dapatkan belajar rahsianya dahulu .... RAHSIA BUAT SERBUK KOPI 

Wednesday, October 3, 2018

Tok Aji Serban - Suzeina

Bahan-bahannya:-

Bahan A (Padang Pulut)

600 gm pulut - direndam sekurang-kurangnya 4 jam.
1 kotak kecil santan.
Secubit garam halus dan secubit gula.

Bahan B (Sekaya Telur)

20 biji telur ayam Gred B
1 kerek manisan (Gula Melaka)
3 cawan air
5 helai daun pandan
Sedikit esen vanila
Secubit garam halus.

Cara-cara Membuatnya:-

1.   Kukus beras pulut 35 minit. Angkat dan tuang santan, garam dan gula. Gaulkan hingga merata.
2.   Tuang dan peratakan pulut di dalam loyang. Kukus ulangan untuk 15 minit lagi. Setelah masak, gunakan gelas plastik untuk mampatkan pulut. (Jangan gunakan gelas kaca.) Letak tepi.
3.   Untuk sekaya pula - pukul telur dengan manisan, esen vanila dan garam. Pukul hingga sebati adunan tersebut sekurang-kurangnya 5 minit.
4.   Gunakan penapis dan siram aduan telur ke atas pulut di dalam loyang. Kukus semula lebihkurang 45 minit. Sejukkan selepas masak, potong. Siap untuk dimakan.



Monday, June 11, 2018

Daging Black Pepper Steak

Hari ini keluarga Kak Mas nak makan Daging Black Pepper Steak.  Daging Masak Steak Lada Hitam. Kirim duit kat menantu minta belikan daging dari gerai Abg Razak kat simpang Manir.  Keluarga Kak Mas dari dulu lagi memang mendapatkan bekalan daging dari Abg Razak tak perlu special request lagi, cukup dengan beritahu nak masak apa, kerana Abg Razak akan bagi bahagian daging yang sesuai untuk masakan yang disebut.

Bahan-bahannya;


1/2 kg daging batang pinang
5 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1/2 inci halia
1 ulas bawang besar - potong membulat 1/4 inci tebal
1 sudu kecil lada hitam
1 batang lobak potong menyerong 1/2 inci tebal
1/2 cawan Kicap Manis Adabi
1 cawan air
1/2 tin cendawan butang - belah 2
1 biji buah tomato potong 4
1/2 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak masak 

Cara-cara Membuatnya:

1.   Sediakan daging dengan menghiris setebal 1/2 inci. Bersihkan dan tos, ketepikan dahulu.

Sunday, May 27, 2018

Gulai Ikan Talang Masin Masak Lemak Nenas

Dah 2 hari, sebiji nenas terletak di atas meja di dapur. Kak Mas mulanya belum ada cadangan lagi untuk buat apa, buat jeruk, sesekali fikir nak buat jem untuk kuih tart nenas, tapi tak cukup kalau nak buat sedikit boleh je. Atau buat acar masak untuk makan waktu berbuka. Mmm ... sebaik buka peti sejuk baru teringat ikan talang masin yang disimpan berbungkus dalam bahagian sayur.

Hah... dah dapat idea. Santan ada ... elok sangat. Masak Lemak cili merah versi Tok Su.

Bahan-bahannya:

1 biji nanas - dengan pisau tajam - dikupas buang kulit dan ditarah silang buang duri. Kemudian dihiris-hiris berpetak.
1 ekor ikan talang masin - dibersihkan dan direndam 25 minit dan ditoskan.
2 batang serai diketuk
3 helai daun kunyit muda yang disiat-siat
2 keping asam keping / gelugur
1 kotak santan segera.
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan untuk dikisar halus:

6 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
2 ulas lada merah
15 ulas cili api - nak pedas tambah aje
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas

Cara-cara Membuatnya:

1.   Masukkan 2 gelas air. 
2.   Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan masak sehingga bawang benar-benar masak. 
3.   Setelah air tinggal kurang separuh, masukkan ikan masin gaul sekejap, lepas itu barulah dimasukkan nanas, kacau hingga nanas separuh empuk.
4.   Tambah sedikit air, kalau perlu.
5.   Masukkan asam keping / gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
6.   Masukkan daun, masakkan sekejap hingga mendidih dan padam api.
7.   Rasa kemasinannya. Tambahkan garam jika  perlu dan gula mengikut citarasa anda.

Apa lagi, dah boleh makan. Nanas kalau buang duri tak habis memang tak best. Santan kalau dimasukkan terlalu awal, nanti naik minyak.




google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0